Thursday, December 29, 2016

Gugurnya Sekuntum-Bunga-Cinta

Saya tak pasti macam mana boleh terkeluar ayat yang begini dari dia

"Kakaaakkkk, kalau dia gersang nanti macam mana?"

Saya memang terkejut. Dia sikit gelabah, cepat-cepat kata sori dan dia hanya bergurau, bila dia tengok muka saya yang mungkin macam katak tertelan mengkarung itu. Ouwh kawan yang dikhuatiri akan kegersangan, iaitu dia dalam dialong di atas itu berstatus ibu tunggal...Saya tak ambil portpun cakap kawan yang usianya lebih kepada pangkat "anak" tadi dan anggapnya hanya gurauan. Dia memang cheeky getek dan suka bergurau, berdrama, menyanyi-nyanyi yang ntah apa-apa tah. Dia saja menakut-nakutkan saya. Suka agaknya dia bila muka saya jadi katak hijau!

Terkejutnya saya itu sebab, kemain lagi adik inikan, ngajipun tak habis lagi, pandai dia bergurau mengalah orang dah beranak-pinak! Kalau zaman-zaman saya seusia dengannya harus, mak dah patahkan cili padi dan tenyeh-tenyeh pada mulutnya hehehe. Haish haish haish...sapalah yang ajar kawanku ini sampai bertuah dan bijaknya sampai sebegini, niiiih?! Saya fikir balik, agaknya,kan, mesti dia terpercaya/terpengaruh dengan apa yang dia baca di blog-blog skandal politik tu. Dia suka membaca dan apabila kita membaca bahan politik, kita terdedah dengan cerita-cerita 18sx ni, dah seolah orang politik ni bukan saja punya bakat bercakap yang memukau tapi bakat dan kebolehan mereka di ranjang sama naik dan boleh jadi "bahan/rencah" umpat-keji yang punya kuasa viral. Orang politik luarbiasa ka? Saya rasa derang biasa-biasa jer macam kita juga. Tapi bila bergaul dengan ramai orang berlainan jantina, kita tak tahulah godaannya,kan?

ok jom tengok intai gambar-gambar ini yang saya curi dari blog ini......




Kita tak pernah berhadapan dengan situasi begini, saling puji-memuji. Bos
puji anak buah, anak buah puji bos,.. baik punya...terkembang sana-sini, lepas tu tak tahulah,kan apa episod seterusnya. Bila dah saling puji sampai kembang sana-sini.... tup-tup ini pula cerita yang keluar, takrak guna punya hadek!


Ini maklum balas dari sang Srikandi yang saya ambil di sini

Ntah tak tau nak komen apa. Ini kes Serikembang-kembangan mereyam 4kali baru menguncup letih, ke, atau cerita sang mangkuk haiyan tak dapat mengayun tak tahulah kita, iya. Saya kena beremansipasi dengan wanita, Mana bule Srikandi dibiar tertiarap. Budak Hayun mulut tak insuranslah yang punya angkara tu.... Marah Marah Maraaaahhhhh nihhhhh!!!!! (tak marahlah.... Drama jak nih. terpengaruh dengan adik-adikku sayang dari Negeri di Bawah Bayu)

ntah. Cerita macam ini hanya waktu saja yang dapat menentukan. Kalau dia betul Srikandi, namanya akan tambah harum berkembang indah lepas insiden ini. Kalau terus malap langsung tertiarap tu, tak bererti jua dia bersalah, mungkin dia memalap kerna Allah bagi dia cinta lain, bersama dengan sang Raja pemilik hati seorang lelaki budiman seperti dambaan tiap wanita. Dalam erti kata lain, Allah tak benarkan lagilah kita ada Srikandi sehebat yang kita baca dalam Hikayat Siti Zubaidah, Atau Srikandi yang kita baca dalam buku sejarah seperti Tun Teja, Tun Fatimah untuk alaf-21 ini.

No comments: