Wednesday, December 14, 2016

KIAMAT?

Sains dan Islam atau agama langit memang ngam. Kalau mula tak ngam, penghabisan mesti jadi ngam juga. Sains membuktikan apa yang disampaikan oleh sekian ramai penghulu berita langit itu benar. Para nabi agama langit semua cerita pasal satu hari nanti dunia akan menemui kehancuran. Hari ini Saintis tersohor dunia mengakui akan perkara itu. Dulu-dulu masa saya kecik-kecik pun saintis dah kata tak mustahil bumi kita ini musnah. The possibility is there.

Tak kisahla sebab dua-dua dah ngam tu. Saintis yang merupakan ahli fizik terkenal dunia meramalkan kita ini habis kuatpun 1,000 tahun sahaja lagi. Orang yang kita panggil kafir, ni bila dia tahu hakikat ini apa deme buat? Deme pi carilah penempatan lain. singkatnya meneroka angkasa.

Ni cerita orang beruang dan berpengaruh. Nak selamatkan diri, cari tempat lain. Kita? kalau kita beruang kita buat tak macam itu? Taklah sebab semua usaha itu sebenarnya bull shit aje. Jadi apalah kita nak buat? Saya senang aje buat benda seronok-seronoklah, yang menggembirakan diri seperti bergossip dengan kawan-kawan lama. Gossip itu berdosa, macamlah kau dah banyak sangat pahala nak bagi kat orang. owh iya ka.... hallaaa,kan. Kena cari hobby lain lah ini,kan.

Trust me nak cari hobby lain bagi yang memang hobbynya analisa psiko orang memang susah, tau! Hari ini nak gossip apa ek?

Apalah lagi gossip pasal orang Melayulah hehehe... apa gossip yang juicy selepas cerita depa main cak-cun-cak-sorok kerusi? ntah kita tunggu sahajalah hari mengundi yang bakal menjelma nanti. ok itu politik, ada lagi yang saya rasa agak juicy. Itu ahli politik mereka, sekarang ini ahli intelek mereka pula. eh kau bercakap ni macam kau bukan Melayu,jak ya. hehehe... tak kisahla.

Ini cerita bahasa mereka, budaya mereka, adat mereka bla-bla-bla. Saya pun godek-godeklah sapa musuh mereka. Ntah sapa tahlah yang mereka lawan, tapi yang pasti mereka lawan PPSMI.Mereka lawan dasar kerajaan. Perjuangan mereka ntah saya tak berapa tahu, dari dulu sampai sekarang mereka mempertikaikan dasar yang digubal oleh pemimpin mereka sendiri. bolelah baca sini,lah kalau rasa saya saja reka-reka cerita. Nak suruh saya ulas memang saya kaburlah, sebab terlalu kompleks dan saya ni jenis diajar agar berbaik sangka sepanjang masa. Ais! Takkanlah orang Melayu nak rosakkan bangsanya sendiri. Dalam satu kerajaan Melayu, Melayu sendiri mau bunuh Melayu. Kerajaan yang terdiri dari orang Melayu membunuh bahasa dan budaya mereka sendiri. eh kau tak ngeri ka? Ngeri,kan. Itu ajelah gossip ngeri-ngeri kita ya. Saya pilih tutup mata dan baik sangka demi kesejahteraan minda. Orang macam saya ni kalau buruk-buruk sangka hah nanti keluar rumah pun saya tak mahu. Tak keluar rumah macam mana nak pergi kerja. Tak kerja sapa nak bagi saya makan,kan.

Bestkan cerita mereka ini. Tonton life drama Politik dan ketuanan Melayu dalam sembang-sembang gaduh-gaduh intelek negara di internet blog & FB ini sebenarnya lagi best dari tonton cerita Game of Thorone kat TV tu. Nasib baik saya tak ada insta, tweeter, hah kalau tak lagi ralitlah kerjanya ya. Ada yang bangun lewat tak dapat pergi kerja sebab follow benda-benda ini. Oklah stick to FB dan blog aje ek.

No comments: