Tuesday, December 13, 2016

FEELING-FEELING MAK-NUJUM

Katanya tak lama lagi nak mengundi. Bila time-time macam ini memang banyak siok. Siok ke hapanya? Sioklah bagi orang yang hobinya menganalisa Psiko orang, dia boleh feeling-feeling Mak-nujum, meramal ntah apa-apa tah. Seronok-seronok-seronok.

Dah lama dah Ai perati. Ai perati gelagat ahli politik jer. Peratikan engkau apa jadahnya? Buat habis karen aje,lah. Unlesslah engkau tu penulis bermukjizat yang dinanti dan diperati hehehehe.Iya ka, betui dia ni ada mukjizaaattt!!! Hah gitu, atau blog, FB update engkau tu viral, sebab tak sudah-sudah menghasut menjatuhkan kerajaan dengan cara subversive jalanan, bukan melalui saluran yang sah. itu SB yang perati. Mak bukan SB. Tapi kalau like pun tak banyak, tidak mengapalah mungkin lepas 100 tahun diperam, sabda-sabda engkau semua diulang baca dan diambil jadi rujukan, kalau betul kata kawan-kawan engkau, yang engkau ini bermukjizat. 100 tahun lagi mak dah lama masuk kubur dah.

Ok berbalik pasal pasal keseronokan menyambut saat mau kehabisan penggal mandat rakyat pada PRU yang lalu ini, kita yang feeling-feeling ni mau meramalkan yang jika, yaanggg jika... parti alternatif yang terdiri dari pasukan bunga dan rakan-rakan dapat sepakat membawa berkat dalam pengagihan kerusi, i.e. nanti jadi 1-lawan-1, hah BN bole jadi...bole jadi, may B(be) N(end).

Jadi betullah ramalan ahli Nujum yang lalu bahawa riwayat BN berakhir bila permulaan abjad pada nama pemimpinnya adalah N(end) Najib.

Apapun perbuatan menilik ini hanyalah perbuatan khurafat ya. Kalau zaman dulu pelakunya ini ditangkap aje dan dibakar hidup-hidup. Tapi ini zaman sekarang, like I said before, ini ntri feeling-feeling yang tak de orang sini baca,pun.... jadi beranilah Mak nak tambah sikit. Riwayat BN masih bersisa lagi, barang satu dua penggal lagi supaya-supaya...ntah. Hey ini cuma ramalan jer hokey. I tak parti mana-mana, I perati jer.

Bila sebut jer BN end, Adakah Monarki kita jua akan turut N(end?) Atau adakah mereka jadi macam monarki negeri mana tah, turun takhta dan masuk politik? Oh Monarki negeri fiksyen yang saya baca dalam fiksyen karangan Sasterawan Negara S Othaman Kelantan tu. Let me repharase adakah khayalan S Othaman Kelantan akan jadi kenyataan?

Atau Negara ini bakal menerima Perdana Menteri Bukan Melayunya yang pertama yang punya dendam kesumat terhadap Melayu lantas dia meranapkan institusi Raja Berpelembagaan Negara ini? Atau dia Melayu, tapi ntah dari bapak dia dulu pun memang dah kecik-kecik-besar aje dia pandang Raja Melayu nih... dapat jugalah derang, kurangkan imuniti Raja-Raja tu masa papanya berkuasa. La ni lagi kecik-besar-kecik-besar rasa nak ditelannya Majlis Raja-Raja ni, sebab tak kasi masuk acara pelantikan Agong. Alasannya nanti Abah dia tersipu (mengelakkan kesipuan- embarrassment) sebab orang tak sedia kerusi.

Saya tak pro mana-mana. Raja Melayu pun tak, Orang yang akan mengalami kesipuan kalau tak dapat kerusi pun tidak. Saya sekadar berhappy-happy dengan hobi saya dan menulis cerita hobi saya jerr... Saya mungkin tak betul, saya silap. Jadi janganlah ambik serius sangat apa yang saya tulis ini. Ala-suka-suka-skodeng orang, bukan ada apa kebendanya masalahnya pun. Dah engkau macam itu, tak dapat kerusi pun kesipuan tak puas hati sampai nak peruntuh semua benda, yang lagi satu pula dah tau orang tua tu gian kerusi, saja dia kasi provokasi, main cak-cak-sembunyi kerusi. Aku tulislah gaya kelaku engkau macam yang aku baca sana sini secara online. Janganlah marah ya.

No comments: