Monday, November 28, 2016

IDEA...(Advocacy)

(Sambungan dari cerita 1 dan cerita 2)

Owh kata dah tak ada cerita pasal lelaki yang beristerikan perempuan sakit mental. tapi ini sibuk nak bersambung-sambung pula ini, apa? Memang tak ada cerita, sebab cerita sikit lebih kurang sama jak.... Isteri jadi ganas, marah-marah, mengganggu jiran dan macam-macamlah tu,kan. Nak tanyapun tak payahlah. Yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya. Pendek cerita waktu itu memang kepala hotak pesakit dah kelam-kabut dan kebanyakan pesakit akan menyakiti "caregiver". Memang perlu banyak sabar.

Kalau tanya ustaz Kazim, apa jawab ustaz. Suami kawen lain le. Bini nak jadi apa? Pendapat peribadi saya, kalau tak tahan, baik ceraikan sahaja dari berpoligami. Apa ekspektasi saya? tak tahulah,kan. Kalau suami kamu ustaz, especially ustaz yang punya ramai admirer, kamu jatuh gila, tentulah ramai peminat-peminat suami kamu, tak sabar mau ambil alih tugas kamu menjaga suamimu. Bagaimana pula dengan kamu, maukah kamu dijagai oleh madu kamu? Adakah dia sanggup jaga kamu? Kamu gone case already.

Tanya Pope. Mana ada poligami dalam agama Pope! Bini mental, kalau sanggup jaga, means kau meng"Ghandi"lah,kan. Me"Mother Theresa"lah kan nafsumu itu ya!. Ber "celibacy" Saya tidak pasti apa pandangan Islam tentang pilihan ini. Mungkin sama taraf dengan murtad, berdosa besar kerana menyangahi firman tuhan "Nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan" Ni kena tanya Ustaz Kazim. Saya pasti, katalah kamu belum dikurnai zuriat, mesti Ustaz Kazim kata "kawenla lagi kamukan lelaki hebat, marilah kuatkan ummat islam dengan meramaikan umat yang sebagus macam kamu. Rugi bila orang-orang hebat tak turunkan zuriat kepada ummat!"

Ok enuf ustaz Kazim, yang sangat annoying, itukan. Mari berbalik pasal lelaki beristeri MENTAL. Ha ini, adalah sedikit nak cerita sikit pasal lelaki yang sanggup jaga isterinya yang sakit. He is a church-goerlah. Devoted one. Good-looking senior citizen, muda-muda dulu mesti ada rope-rope artis Korea tuh. Soft spoken, umur mangkali dah pencen dah tu. Tak berani nak tanya lebih-lebih. Bagusnya saya panggil Abang lah ya. Abang ini, masa urusetia minta "apa kau(caregive) mahu atau harapkan kerajaan, atau diri sendiri, persatuan boleh buat untuk usaha Advocacy?"

Hah apa dia mau? Dia cakap yang ada dalam MMHA ini orang tua-tua belaka, dan kita pun dah sedia maklum sakit ini seawal belasan tahun pun dah ada budak sakit, jadi kalau yang sakit itu orang muda, orang tua nak jaga hai cubalah bayangkan. Dia mau lebih ramai orang muda menerajui persatuan ini. Dia juga bercakap pasal buletin kitaorang yang hehhehehe.... dah orang tua yang duduk situ, rope orang tualah buletinnya iya idok? Gitew...kalau minat nak tengok rope eh, bolehlah klik sini. Ini issue yang paling cantiklah dalam 2016 tuh sebab dalam ada selebriti Sanchita Islam.

Macam-macamlah idea dia yang saya pendekkan sebagai "Rebranding the outlook of MMHA" Kau bayangkanlah dalam keadaan dia yang sudah berumur, isteri yang begitu,kan, dia boleh dicampakkan tuhan dengan idea yang sebegitu bernas dan baik. Well itu baru idea. I'm looking forward pada sessi pertemuan akan datang untuk kembangkan lagi idea Abang ini tadi.

oklah itu sajalah cerita pasal lelaki beristeri MENTAL. Apa? mau saya bikin coverage lelaki beristeri MENTEL? Boleh baca dalam gossip-gossip ARTIS & VIPlah ramai tu rasanya mak Datin terlampau yang masih MENTEL-MENTEL tu. Atau boleh juga cari pemain "industri anak ikan" atau goggle "COUGER DATING"

Cuma di sini saya nak sikit layan suara-suara Jahat. ok jom layan

Katakanlah bertahun dulu PM berhenti jadi wakil rakyat dan jaga bini dia yang mengalami post-natal disorder....Siapakah Najib Tun Razak hari, ini? I wish boleh masuk dalam kereta cerita back to the future memandu pulang ke masa lampau, dan bawa cerita-cerita bahawa mental illness/disorder are treatable. Saya akan bercerita pasal Sanchita Islam, Selena Gomez, Catherine Zeta Jones,  pada dia hiks. Tapi tuhan kata no such thing as back to the future dan takdirnya lelaki bernama Mohamad Najib Tun Razak itu pada tanggal 29.11.2016 adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling orang menyampah.

Namun, saya percaya Tuhan bagi beliaulah itu best PM for us. Kita aje rasa yang ada orang lain selain dia yang lebih layak menerajui Negara ini, buat masa ini. Saya susah mau percaya yang tuhan sudah tidak sayang sama kita lagi dan menghukum kita dengan memberikan kita seorang pemimpin yang sangat JAHAT. Bukan saya sorang aje kata dia oklah bolehla tu, sapa lagi yang kau nak sangat tu, kau rasa baik sangat tu? Ada orang lain pun rasa dialah terbaik untuk kita buat masa ini. Kenapa dia kata baik, jom baca... Makna bukan saya sorang ajelah rasa PM ok. Senang hati mak hehehehe...kalau salah bukan mak sorang yang salah, kalau masuk longkang ada kawan ek krik krik krik



No comments: