Sunday, November 13, 2016

Apa Cerita?

Semalam adalah part-II dari kursus caregive yang saya jalani di Malaysian Mental Health Association (MMHA). Masa Part-I hari tu Penceramahnya Dr Ang dia jadi attached dengan MMHA sebab adik dan juga anaknya mengalami masalah mental. Mdm Mala pula anak perempuannya mengalami Schizophrenia. Part-II punyalah saya terperanjat kerana Encik Mohan yang merupa paramadik di Hospital ntah mana tah mempunyai isteri yang mengalami masalah mental.

Part-II ni best sikit mau cerita sebab kami diberikan “case-study” dan ianya dilakukan secara berkumpulan. Yang saya mau share di sini, ialah kali ini kami ada 3 orang perserta muda belia yang dengan sesuci-hati mengambil insiatif untuk belajar cara-cara untuk menjaga keluarga yang mengalami masalah ini. 2 dari mereka mempunyai ibu yang mengalami masalah mental, dan seorang darinya  menemani sepupunya dengan setia.

Sungguh mengejutkan sekali ibu mereka disahkan mengidap masalah ini pada umur seperti saya. Ya Allah betapa saya bersyukur sebab saya mengetahui masalah ini pada seawal usia belasan tahun. Dulu saya selalu menyalahkan diri sendiri kerana masalah ini. Saya fikir kalau saya ikut cakap ibu, tidak pergi temuduga JPA, pasti saya tak dapat tawaran JPA dan saya masuk matrik UM. Bila masuk UM pasti jiwa saya tidak kacau. Saya tamat belajar dengan cemerlang dan bertemu jodoh dan bahagia, blab la blabla.

 Mengenali 3 gadis manis tadi, menyedarkan saya kalau penyakit tu dah ada dalam badan, tak konflik-ibu-anak yang  bikin saya tergedang dalam alam halusinasi, lambat-laun kalau tak konflik-suami-isteri, konflik-ibu-anak pasti akan menghantar saya ke alam itu juga. Mujurlah pada usia begini saya sudah selesaikan banyak isu jiwa kacau dalam diri, tapi andai kata jika saya ada terkacau jiwa orang lain maafkanlah saya, saya tak bermaksud untuk buat begitu.

Apa sebenarnya masalah orang yang punya penyakit seperti saya ini ya? Dia sakit mental ini banyak jenis, yang lain saya tak berapa pandai. Yang saya pandai sakit saya ajelah. Tapi symptom dia tu kadang lebih kurang sama aje. Bertindak ganas,  mengasingkan diri, mencederakan diri sendiri, tidak mampu menguruskan diri sendiri. Ada juga yang bertindak membunuh diri sendiri, atau membunuh sapa-sapalah yang tak bernasib baik itu,kan.

Apapun sakitnya, sebenarnya pesakit bertindak tidak seperti manusia normal adalah kerana apa ek alamak nota lupa bawalah pula. Pesakit cuba menyesuaikan diri, bertidak balas, membela dirinya sendiri dari ancaman, rasa insecured yang hadir disebabkan oleh penyakitnya. Sedangkan ancaman itu tentulah palsu, mainan fikiran kacau yang dialami pesakit.

Macam si dara yang datang bersama sepupunya menceritakan, ibunya mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia. Tapi bila ibu dan ayahnya bercerai, ibunya jadi maniac. Dia mengesyaki orang luar terutama orang gajinya "possessed by demon" yang mau mengancam keselamatan keluarganya. Ibunya bertindak ganas terhadap ayah mereka kerana dia mendakwa ayah mereka sudah bertukar menjadi orang lain. Bila dihantar ke hospital, pakar mengesyaki yang ibu si Dara berkemungkinan sudah mengalami penyakit ini semenjak si ibu melahirkan adiknya yang bongsu. Sekarang adiknya sudah berumur 17 tahun. Baru kini, 2016 ibu disahkan mengidap sakit mental. Saya tanya “berapalah umur ibumu, dear?” Dia menjawab “43”. Rasa jantung saya mau putus. 43? Umur saya tu. Pergh.

Mungkinlah selama 17 tahun si Ayah mungkin sudah rasa resah dengan perangai isterinya yang pelik. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan isterinya. “now her aspiration has shatter” Tutur si Dara sedih. Kami cuma boleh rasa simpati dan berdoa, ibunya boleh move-on with life dengan sisa-sisa kasih dari anak-anak dan saudara yang masih boleh bertahan dan menerima dia seadanya.

Lelaki jahat? Saya kata tidak sebab peserta-peserta yang menghadiri kursus ini “is a living proof” that ada lelaki yang sanggup bertahan dengan diri isterinya yang malang. Kami juga ada peserta yang sanggup menghabiskan masa mendengar ceramah demi isteri tercinta. Dalam kelompok kecil itu, kalau dalam ilmu statistic kita katalah sampellah kan. Sempel dari 20 orang  4 orang kes isteri mental, 3 dari mereka tidak bertindak meninggalkan isteri. Saya kira jika ayah si Dara tahu awal yang isterinya bersikap pelik kerana penyakitnya, bukan suka-suka buat perangai, pasti keadaan akan jadi lebih baik. Ouwh ada lagi satu kes. Ayah masih takut ibu… ayah tak percaya ubat moden. Ayah marah anak hantar ibu ke hospital. 2 minggu dari sekarang saya akan bertemu dengan anaknya. Kami akan sembang lagi…

Cerita pasal 3 lelaki penyabar itu? Kita sambung lain kali. Sebab saya kena dapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. Alah, kalau budak kolej baru nak naik, cakap bahasa Melayu pun tak pandai beranilah aku cerita. Hehehehe…..lagi pun budak muda zaman IT deme tak sensitive sangat pasal blog-blog ini. Konfiden aje mak. Mak ada sebut nama tak? Tak ada,kan.

Oh kesimpulan, kesimpulan dari 20 sampel 4 isteri mental, 3 setia, 1 saja yang cabut. Kita bolehla simpulkan yang lelaki Malaysia ini memang lelaki terbaik,lah, cuma saya sahajalah mungkin belum jumpa lagi lelaki yang sanggup menjaga saya lagi itu. Insyaallah ada jodoh, bertemu jualah akhirnya nanti.

No comments: