Wednesday, October 26, 2016

NEW AGE3

THE F-BOMB

Semalam kita cerita pasal psychologist scientist yang kata menyumpah-seranah itu patut dibagi sikit cahayalah gitue. Bila cakap pasal sumpah-menyumpah atau kita ambil kamus urban F-Bomb ini kita kena slow-slow-slow, tengok banyak angle, tengok apa jenis dan begitu-begini, pendek kata jangan terus blok atau fired. Itu kata scientist.

Apa pula kata orang bisness? Ada orang dah kena fired ka pasal ini? Rasa tidaklah ada, tapi orang kata kalau kau dah macam itu, orang pun layan kau gitu-gitu dengan tak berapa beradatlah. Lepas tu kau pun sentap. Menyesal? Gossip kata dia menyesal, iya ke? ntah gossip. 

Ok meh gossip pasal gosip lama dah ni, pasal perempuan suka menyumpah ni. Memang dia hebat, CEO gitu, tapi kesian dia kena buang kerja melalui panggilan telefon jer. Lepas tu apa jadi dengan dia? ntah. Main cucu, main tenis dan berkebun,lah, agaknya itu. Eish, merapek ajelah, kalau dia end-up masuk hospital mental sebab depress kena buang kerja dengan cara tak beradat. 

Itulah dia cerita pasal mulut tak de insurans ni. Walau scientist ok, bagi green light pada F-Bomb ini, orang bisness, orang pejabat, majikan, rakan sekerja tak semuanya rajin baca majalah scientist,kan. Kalau dia bacapun tak semestinya dia setuju dengan apa yang scientist kata. Mereka boleh saja jadi tak sangat ok. Mereka juga tidaklah ada rasa sayang macam mak-ayah-adik-abang-kakak, kawan-kawan baik, peminat, kekasih, sayangkan kita,kan.

Tengok sahajalah contoh CEO yang kena buang itu. CEO pun orang buat macam ini. Inilah kita yang kuli-kuli ini aje,kan. Dia CEO banyak duit, suami dia pun power, dah kena hina macam itu sekali,pun bolehlah dia steady, buat pekak saja. Bayangkanla kita-kita ni, kalau orang buat macam itu, tak mustahil kalau tak bunuh diri, boleh saja tergedang kena tahan dalam wad mental.

No comments: