Sunday, October 9, 2016

Ahli Fikir Negara

Saya gelihati bila ada orang mengimbau masa lalu, dan kata "alangkah indahnya masa lalu bla bla bla" dia tak suka masa sekarang sebab dia kata kena fikir banyak benda GST, turun naik mata wang dunia bla bla bla bla... pendek kata fikir ala-ala menteri. Agaknya dia ni orang pejabat menteri, ahli fikir negara lah tu

Alhamdulillahlah dalam orang sekarang gawat, ligat berfikir saya boleh sibuk berfikir apa warna mau saya kenakan untuk naikkan/timbulkan huruf khat saya, fikir pasal kuliah, assingment, pendeknya saya hanya perlu fikiran  macam budak-budak sekolah saja.

Itulah dia hikmah Allah beri pada orang-orang tak berjodoh ni. Saya fikir kalau saya berjodoh, beranak, katalah anak sulung akan bergraduat tak lama lagi, CGPA ala kadar, dah ada makwe dan pihak sebelah dah bagi warning pada kami yang mereka akan bagi masa 2 tahun saja untuk anak saya kumpul RM40k agar anak mereka boleh jadi sebahagian dari keluarga kami, hai hai hai... kan.

Mujurlah Allah beri kelapangan yang cukup untuk saya buat benda-benda remeh temeh yang ntah apa-apa tah, kan...

Antara benda temeh yang mengisi ruang fikiran

Macam mana nak kasi huruf tu timbul,kan

Letih berfikir kita makan, gelak-gelak
Lepas huhahuha, tidur lena barulah fikir-fikir.
Hah timbulpun hurufnya. Alamak comot plak hehehe

hah dah tak comot, pun

No comments: