Thursday, January 21, 2016

Kisah Perempuan Cantik Bernama Melur

2016 ni macam tak  ada issue yang menarik untuk dihendap (stalk), di”follow”. Semua macam dah basi. Mungkin saya tidak ada apa-apa untuk dicatatkan dalam jurnal ini, selepas ini. Kita sebenarnya gadis yang cantik, jadi gadis cantik tak perlu berfikir, kita cuma pilih lelaki yang betul untuk kita tiduri.

Kita yang cantik itu hanyalah perbandingan saja, janganlah dibaca secara harfiah, sebab kalau literal nanti pasti ko muntah hijau sebab yang menaip ni biasa-biasa aje. Tak cantik langsung! Mak dia selalu cakap, lelaki nak pandang pun tak selera. Dia ni nak pakai bedak pun malas. Dia tak malas tapi dia berdelusi ada saintis cakap kalau dia pakai bedak nanti pori-pori di mukanya tersumbat  tak bernafas nanti boleh mati.

Ok berbalik pasal gadis cantik yang tak perlu berfikir itu. Siapakah si cantik manis yang jadi rebutan dua gergasi dunia itu? Sapalah lagi kalau tak Negara kita, Malaysia, ini. Jadi gadis cantik memang best, tapi kalau dah jadi rebutan, gadis boleh bingung. Kalau kita perhati iklim politik sekarang macam gadis ini tidur dengan kedua-duanya sekali hahaha…

Sebelum saya menaip lebih lagi, mari saya khabarkan siapa lelaki yang berebutkan gadis cantik ini. Saya bubuh lelaki A dan C. A – dari pertamadunan Anglo-Amerika, tapi saya suka nak panggil abang Greenback. So tukar A jadi Greenback (GB), C pula yang antisemitism seperti German, Cina apa eh lagi satu ntah. Anti (GB). Dua kuasa besar gabungan ini berminatkaaaaaan….oh mari kita panggil di Melur, Melur si Pengarah Melur Inc.

All right now we have Melur, Abang GB dan apa ah nak namakan anti-yahudi ni eh. Hah Abang Penyelamat hahaha, nama pendek abang Hero. Saya namakan penyelamat di sini sebab rakyat Melur majoritinya beragama Islam, Islam = anti-semitic, anti-Semitic = Islam? Persepsi? Whatever. Kenapa saya kata Melur tidur dengan kedua-duanya sekali….pertama Melur jual banyak asset dalam syarikat pelaburan strategiknya pada Abang Hero, dalam masa yang sama Melur sedang mau menandatangi perjanjian perdagangan bebas dengan Abang GB, walau majority rakyat Melur tak suka berjanji-janji dengan Abang GB. Tapi kenapa Melur buat juga. Seperti yang telah saya kata tadi, Melur perempuan cantik, dia tak perlu berfikir, dia cuma perlu “flirt”/membelai jiwa peminat-peminat dia.

Tapi kini hanya ada satu masalah ni….Masalah besar ni. Ada pula tok Imam, atau tok Majlis tetua kacau daun dengan skrip watak mau selamat maruah si Melur yang sudah lari dari landasan seorang perempuan timur yang baik. Tok Majlis Tetua inilah sekarang yang seperti jadi batu penghalang untuk Melur terus buat apa yang dia suka.

Berjayakan Tuk Majlis Tetua? Sesungguhnya saya malas mau follow dah cerita perempuan cantik ini,  sebab sapapun yang menang, Melur tetap perempuan cantik yang tidak perlu jadi director dalam ertikata sebenar-benarnya seorang Pengarah. Kalau Tuk Majlis menang pun Melur tak perlu Direct Melur Inc, sebab Tuk Majlis akan buat kerja tu untuk dia.

Cuma sebagai peminat undang-undang, Undang-Undang Syarikat kata Pengarah Syarikat biarlah jangan umurnya lebih 75 tahun. Kalau nak lebih juga kenalah ada surat doktor. Tuk Majlis sudah limpas umur ini. Dari orang tua yang mengarah, biarlah Melur terus memain-mainkan perasaan Abang GB dan Abang Hero. Sebab orang tua tu tak lama lagi nak mati. Kalau mati separuh jalan, Melur kena berbalik semula pada Abang GB dan Abang Hero.

No comments: