Monday, August 3, 2015

Winner Takes Nothing

Weekend yang lalu saya pergi tengok wayang. Last, saya tonton, ntah cite apa tah, ikut, kawan di Mahkota Parade. Saya memang bukan kaki wayang. Mak memang anti wayang. Dia kata tengok wayang berdosa, membazir, kalau tunggu sikit hari ada tunjuk dalam TV apa? Hujah mak. Tapi dia tak halang kalau saya atau adik-adik mau tengok. Saya pun pergilah tengok Mission Impossible: Rouge Nation di pusat beli-belah paling high-end di Kota Kinabalu yang terletak "within walking distance" dari apartment saya.

Memang best, ada unsur-unsur kecindan yang bikin penonton tergelak-gelak. Biasalahkan MI aksi-aksi bagi yang suka filem aksi memang mereka suka tu. Saya lebih suka tengok si Ethan tu sendiri. Tom Cruise, sudah berusia 53 tahun, tapi gagah melakonkan aksi-aksi stunt yang memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi. Selain dari itu jua dia punya kepintaran yang tinggi.

At the end of the story, kita akan cakap dalam hati, manusia paling hebat, ialah pengintip, dan kalau ada keperluan boleh membunuh. Bahkan untuk kamu jadi pengintip, kamu mesti mahir dalam bab itu. Bayangkan keselamatan dunia ini sebenarnya berada di dalam tangan dua tiga orang manusia yang “super human”. Melaluinya barat mendefinasikan membayangkan ciri-ciri manusia unggulan, wira, wirawati yang berbakti untuk negara, berhadapan dengan ancaman musuh yang bercita-cita untuk memporak-perandakan, merubah landskap dunia hari ini.

Bukan itu yang saya tertarik sangat, tapi tertariknya saya dengan pengakhiran cerita itu, di mana Ethan ditawar dua benda, wang dan wanita… saya agak mestilah itu penamat kerjaya Ethan, dia ambil wang dan berkahwin dan bersara. Saya fikir mesti dia buat itu,lah. Lepas ni kalau Mission Impossible, kita akan ada hero baru.

Tapi pagi tadi, saya buka internet, baca Tom Cruise tengah bersiap-siap nak shooting lagi satu Mission Impossible yang baru. Perempuan sikit punya hebat macam Si Elsa Faust tu, pun dia tak tertarik. Nanti (lepas-lepas, exam, ini,kan) saya google isteri Ethan, kita kaji, watak perempuan yang berjaya menambat hati lelaki yang wow hebat nih, tak kalah dengan wang dan wanita ini.

No comments: