Wednesday, August 5, 2015

Exit Plan

Saya memulakan khidmat sebagai penjawat awam sebagai Pembantu Akauntan di Kementerian Dalam Negeri. Kerja saya semak akaun. Hujung tahun nak tutup akaun kalau ada masalah memang sakitlah, kalau taka da senyum dan goyang-goyang kaki sahaja. First year kerja dah kena maki dengan pejabat lain kerna item kita masuk akaun dia, akaun dia suspended tak boleh tutup. So saya kena cari-cari-cari sepenceroboh ni tadi dan pulangkan semula ke rumah yang sepatutnya dia duduki.

Cari punya cari dapatlah….aaarrr saya kata patutlah menjajau benda alah ni, yang menyainnya, yang meng”apporove”kan transaksi itu berlatar-belakangkan Ussuluddin??? Saya tanya apa orang agama ini buat di dalam kewangan (procurement, to be precise)? Ketua Kerani saya yang kebetulan suaminya dalam skim Pegawai Tadbir kerajaan dengan bangga menerangkan pada saya kenapa.

Katanya ini adalah “brain child” dari mantan TPM yang tersingkir dan dizalimi itu kerna kecerdikannya, keazamannya menegakkan Islam. Kata dia mantan TPM yang pada masa itu juga Menteri Kewangan kata ini bagi mengelakkan rahsuah. Hanya orang agama sahaja yang tidak akan “gelap” mata. Letak orang dari bidang lain semua gelap. Gelap mata kata dia, amboii ai hinanya kita ni pada pandangan dia ek.

Ooh aiii begitu. Saya tidaklah membantah banyak. Begitulah dia tingginya pengiktirafan orang terhadap orang agama, sehingga perolehan kerajaan pun diberikan kepada mereka. Yang kita ni tertonggeng-tonggeng belajar akauan segala-bagai ni, nak buat apa? Saya fikir nasib baiklah yang tuan punya brainchild sudah masuk dalam penjara sana, jika tidak haruslah yang kita-kita ini perlu berkira-kira untuk mencari-cari tempat persinggahan yang lain. Oh masa tu tahun 2000 ya.

Takdir tu tuhan dah tuliskan, bukan semudah itu mo menghakiskan kuasa,pengaruh mantan TPM yang hebat itu. Iyalah cita-citanya tulus untuk Islam. dah masuk penjara keluar, masuk balik dan dalam pejara kini, pun masih  berbisa lagi tu. Dalam keadaan politik hari ini yang serba kucar kacir, kemungkinan beliau yang telah terpenjara semula itu akan keluar dan jadi juga PM kita satu hari nanti, agak besar juga tu, jika PAS dapat berkerjasama dan relax/let go their fundamental belief. PAS mengalah, tutup mulut dan left all decision making to DAP and PKR. Let DAP and PKR direct.

Jadi, orang macam saya ni memang kena tinjau-tinjau tempat baru.

No comments: