Monday, May 4, 2015

Moving On With Life...(Towards High Income Nation)

Jika ko fikir moving toward high income Nation ini teruk, teruklah yang akan ko rasa. Tapi kalau ko anggap ia sebagai satu cabaran ia akan jadi menyeronokkan. Macam rasanya ko itu dragon slyer dan seekor demi seekor dragon dapat ko bunuh…

Wah after this (setelah semua Naga dapat ko bunuh) apa lagi?…mid-life crisis? hik hik hik minta simpang dijauhkan Tuhan ya.

Saya masih ada banyak lagi naga perlu saya “kerja”kan. Ok sekarang ni apa Naga yang mau ku bunuh eh?

Dalam diam tak diam rupanya saya sudah mau tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan tak lama lagi. Bila dah lulus, masuk situs SPA mohon jawatan selayaknya. Apa-apa yang boleh kita masuk, kita masuk ajelah,kan. Saya tidaklah aim untuk jadi PTD, dah tua, ada PTD tua ka? Tapi saya sangat berminat dengan program PAC yang mereka adakan untuk bakal PTD-PTD ini. Baca blog budak muda ni rasa macam seronok aje, nak joinleerrr.

Salah satu ujian paling saya rasa mencabar dan membuatkan saya teruja mau merasainya ialah larian 2.4km. Maaak aiii dalam keadaan fizikal dan berat yang macam ini mustahillah nak berlari sejauh itu,kan. Tapi itulah cabarannya. Cabaran bermula hari ini. Yup memantau kalori ini, kalori out dari badan dan membiasakan diri turun naik tangga…hmmm..

Berbalik kepada soalan di atas, apa naga seterusnya mau ku bunuh? Lemak yang bertepek di sekeliling pingganglah,kan. Apalah lagi,kan.


Orang nak gi perang,kan kenalah ada alatan...salah satunya steamer. Mulai esok makan kukus-kukus saja   Boleh caya ka????


Berangan aje ni, tak denyer saya mau masuk marathon. Turun naik tangga bolehlah.
Tapi kejayaan rakan sepejabat itu sumber membakar semangat. 

No comments: