Thursday, May 7, 2015

Menilik si "R"

Kalau kat kampung ada kenduri kendara, Abang Gee dan Pak Lang bikin saya rasa macam saya ini peramal politik handalan gitu. Pak Lang kata “politik ni Pak Lang tanya Mardhiahlah sebab Mardhiah pandai” saya sesungguhnya tak tau apa yang saya rapukan bila bersama dia yang bikin dia cakap saya pandai politik.

Abang Gee pula akan buka topic gebang-gebang mengimbau kenangan lama kami di Sekolah. Saya dan Abang satu sekolah walau bila saya masuk sekolah tu Abang dah tammat SPM dah. Kenduri terbaru ni Pak Lang tak ada tanya apa-apa sebab kami (saya, mak lang dan dia) sibuk mengimbau gelagat mak dengan GST. Mak memang lucu, bila membeli belah dia mengalahkan pegawai pemantau harga kementerian Hal Ehwal Pengguna sahaja. Ada-ada sahaja kisah lorat dia dengan pekedai yang kita kutip dari busu. Hai rock melon mana ada cukai mak. Bila penjaja kata tak de GST mak bertekak-tekak kata cina tu bohong…jadi terpaksalah peniaga mengurangkan 6% dari harga yang ditawarkan. Saya bilang sama busu, “next time bila cina tu nampak mak dia akan siap-siap naikkan 6%, jadi kalau mak minta turun dia dengan rela hati turunkan harga itu”

Lagi pun Pak Lang macam dah malas nak minta saya meramal, kerna jawaban saya sejak 3,4 tahun kebelakangan ini selalunya berbunyi begini “susah nak ramal…. Anwar bawa satu angin yang bercempera. Tak ada satu signal yang kuat pun boleh kita bikin panduan. Tanpa panduan, ramalan boleh jadi sesat, tak mengena. Saya tak tahu.” Sesungguhnya saya tak suka membuat satu ramalan yang tak mengena. Anwar semakin tua, semakin menunjukkan kerekter sesumpahnya. Bersama sesumpah memang begitu, keadaan akan jadi tidak stabil, tiada trend, pola, pattern yang boleh kita cartakan untuk menyimpulkan satu ramalan yang kukuh. Jadi lebih baik kita diam saja.

Abang Gee ntah apa tah tetiba aje menyibuk tempat kita makan dan cakap-cakap pasal GST. Abang suruh simpan semua resit incase nanti Najib bagi rebate tunai….tak kuasa aku  bang. Ko mau simpan, simpanlah heh…dari simpan resit jadi cerita pasal Sabah. “Kenapa boleh duduk sana 30 jak hari on sosial visit…as if like kita pergi luar Negara. Bukankah Sabah jua Malaysia?” Tanya abang  Eh abang Gee ni nama jak sekolah pandai, Sekolah Sains Muo. Tapi saya layan ajelah cerita apa-apa yang patut dari apa yang saya belajar di dalam subjek Malaysia kita. Abang sekolah sains tak ambil sejarah, lepas tu abang belajar Engineering di US. Pulang sini, jadi Engineer di Syarikat Swasta, so memang dia tak pernah dengar tentang Suruhanjaya Cobbold, segala bagai.

Cakap pasal benda tu alih-alih I tak ingatlah macam mana boleh keluar topic teori RAHMAN. “Lepas Najib, balik semula R, sapa R itu ya? tanya Abang pada saya. Saya jawab sambil gelak-gelak “Rafizi Ramli” muka abang keruh, dia pandang saya lagi dengan memek muka yang saya baca sebagai “ah c’on Mardhiah, you’re pulling my leg” abang satu ketika dulu adalah pencacai tegar DSAI dan Kak Wan.

“ok, ok, ok…. Ku Li..???? Tengku Razali Hamzah???”
Abang angguk-angguk… “oh aaaahhhh dia ada tambat ringgit agar at par dengan SD atas rungutan peniaga di JB”

Saya ketawa besar…. “Umur dia berapa? Abang tau tak kalau companylahkan, according Company Act 1965 umur 75 udah tidak bule jadi director tau!” Abang cepat-cepat angkat punggung.

So, who’s the next R??? Saya pun tak tau. Kalau Ku Li ok juga, bah. Lagi pun Malaysia bukanlah sebuah syarikat dan Company Act tak terpakai, pun dalam pemilihan pemimpin utama Negara.

No comments: