Wednesday, April 15, 2015

MenJAJA CINTA atas talian

Bila kawan FB buka cerita lama zaman-zaman blog, chatroom, zaman-zaman aktif cari jodoh tetiba teringat plak cerita lama. Saya adalah orang yang tak berjaya. Tapi tidaklah saya punya surat cinta untuk dititipkan bersama. Ingat memang nak tulis, tapi tak terkeluar. Cerita saya memang gila. Saya ini senang, kalau saya berkenan saya terus terang. Dalam hidup ini, baru 2 kali, saya buat kerja gila itu.

Pertama kali memang kena kutuk. Dia kata saya perempuan gila, lepas tu dia terhegeh-hegeh plak kata nak kawan balik. Tapi masa tu saya telah engage gila dengan satu mamat lain. Mamat ini okeh, awesome, cool tahap gaban, tapi kengkadang annoying juga. Mixture of awesome & annoying. “you can talk almost about everything? anything? Pun tetiba ada perempuan meroyan marah-marah.

Tapi tak apalah, saya kira itu pengorbanan kecil untuk masa depan Negara. Saya bla macam itu aje ka? Tak juga, kira merayu-rayulah juga. “Jagalah aku, jagalah aku…jaga perempuan meroyan buat pening kepala aje. Jaga, aku senang, ko kena pastikan aku makan ubat, tiba masa bawa/ingatkan aku pergi hospital” Tapi dia buat derk…iyalah,kan apa jadahnya ko  nak jaga orang biasa kalau ko ada tuan puteri dari keturunan mulia punya kerajaan besar in the making yang tergila-gilakan, ko,kan.

Nak patah balik pada kawan yang terhegeh-hegeh balik tu, no tipun, no contact semua haku dah buang tepi dah. Waima emel pun dah buang. Satu saya ini saya memang susah ingat emel orang. Kalau dah buang delete means dah buanglah. Masuk balik chat…chat room tu plak dah bubar maaaaakkkk aiiiii. Nangis-nangis-nagis. Kira dalam tangis frust menonggeng giler tu.. tak ketahuan, saya pun sambung belajar, kut-kut ada dapat jodoh lain, hampeh. Pensyarah pun rata-rata semua lebih muda dari saya. Kalau dah pensyarahnya taraf adik, student, coursematenya, taraf anak pun bule. Budak genius,kan 16 tahun dah masuk U. Saya 40, dia 16, tak ka anak, tu?

Sekarang ini saya dah nak habis Ijazah pertama dah ada lagi 3 trismester to go…harap-2016 boleh bergraduasi. Harap layak untuk dapat sambung master. Mungkin di sana ada kawan-kawan, pensyarah sebaya yang seperti saya ini, yang masih tercari-cari. Bolehlah saya buat kerja gila untuk kali ke 3 pula. Pun untuk kali ke 3 ni saya akan lebih hati-hati.

Dah nak menopause, masih gatal nak kawen? Apa ada hal kawen dan menopause, orang kampung marhaen, kawen sebab nak berkawan, nak elak sunyi. Lainlah orang bangsawan, aristocrat, royal-blue-blood, mereka kawen bukan semata-mata nak elak sunyi, tapi jua jihad sex untuk beri zuriat keturunan terbaik untuk Negara.

Orang mungkin mencemuh penjaja cinta seperti saya, tapi ada aku kisah? Pada saya pencarian cinta dan penjajaan cinta ini telah beri saya kekuatan dan keberanian. Berani bertanya dan berani tanggung risiko kena rejek. Memang dah kena rejek, pun 2 kali mak cuba, 2 kali itulah kena rejek dan masih  tak serik untuk mencuba kali ke-3, sebab omputeh kata man, ni macam wine, lebih lama simpan lebih awesome. Orang Melayu plak kata macam kelapa tua, makin tua, makin baik santannya.

No comments: