Friday, March 27, 2015

Warkah terbuka Buat Hater-Hater yang kusayangi

My number one hater baru aje menang hadiah novel. Wah kemain panjang lagi dia bersyarah. Dan bila hater kita menulis, dah nama hater, mestilah watak jahat tu kita. Apa attribute apa kerekter kita yang dia benci sangat-sangat tu, sampai dia nak bunuh, dah bunuh pun (dalam naskah dia yang terdahulu) dengan tajam mata penanya.

Kebetulan pula bila sebut-sebut hudud terkenanglah saya kawan di Melaka tempat saya kerja part time masa saya cuti separuh gaji dan bikin diploma dulu. Saya pun merapulah cerita yang saya tuliskan sebelum ini. Tulis punya tulis…saya terfikir plak pasal hater saya ni tadi. Alamak dah jadi macam Sasinga tu dia, Mimi tu gayboy yang dia ajak saya hate. Aisayman, hada ni nanti dia kata aku nak lawan lah gitu,kan. Ko bagi aku sebiji novel aku pun terhegeh gak nak bagi sebiji juga.

Kita memang tak pernah dendam dengan sesiapa pun, tapi beginilah masalah orang yang berterus-terang ini. Api permusuhan dialah yang mula. Yang menyimpul seribu dendam tu dia, dikatanya kitalah pula yang berdendam. Secara analisa psikonya orang macam ini menderita projection syndrome. Dia yang rasa nak bunuh orang, nak pancung, bahkan dalam novel memang dia dah membunuh pun, dia kata orang yang berkonspirasi nak bunuh dia.

Kita ni orang kampung manalah reti nak berdendam-dendam,kan. Ntah apa benda alahle,kan dendam-dendam ni. Hater saya bukan sorang aje, ntah berapa ramai saya tak tau. Tapi yang saya kenallah, ada 2, 3 oranglah. Ironinya hater-hater saya ni semuanya bermula sebagai kawan. Ada sorang tu memang kawan tapi tiba-tiba dia kata saya taik, sorang lagi, berpura-pura kawan, lepas tu dia serang saya, lepas tu dia minta maaf, kita baik semula. Yang sorang ni yang baru menang hadiah nilah, memang kawan, tapi satu hari dia ajak hate satu mamat, eh dua, satu gayboy, satu mufti, mufti tu dia ajak mak hate…ko gila apa? Ada yang mak tak dapat cium bau syurga kang, macam mana? Hah, cer jawab, cer jawab sikit? Saya malas nak hate, dia marah terus hate saya. Lantaklah ko eh.

Incase ada hater yang baca ini saya nak bagi tau, saya tak pernah hate korang, tapi saya tak halang kamu dari hate saya. Macam pembohong aje,kan hidup tanpa membenci. Saya benci, bukan tak benci terus, tapi benci sekejap je. Macam mana saya hidup tanpa benci? Tanyalah mak saya. Mak sayalah yang asuh dan didik saya agar tak benci. Cara dia, wah cara nya memang extream. Ok contoh, satu contohlah:- saya tengok tv ada orang tua, artis terkenal menyanyi. Meluatnya saya tengok, “eish orang tua ni patut dah tua-tua macam ini pergi masjid, pergi mengaji, sembahyang rumah kata pergi kubur dah kata mari dah”

Mak akan mencelah “engkau tu cantik sangat ka? Dia tua ganyut pun dapat masuk TV, engkau nak masuk TV  pun tak muat”

Over the years…saya belajar for you to hate, you have to be beautiful and slim. Gedempol hodoh macam saya tak layak benci. Untungnya, hati saya lapang. Orang benci saya memang saya sedih, memang saya menangis, tapi saya syukur yang saya tak benci mereka balik. Kadang tu mulut saya aje yang celupar cakap macam-macam lepas tu dah lupa dah. Tapi itulah bah, memang saya ada berangan nak tulis   panjang-panjang pasal Mimi, Nenek Bi, Abah, Aloysious dan Sasinga. Lama gaklah mak kerja partime tu, dekat setahun lebih gak...memang cerita dak Mimi & Sasinga ni memang boleh jadi novel jika ditokok tambah jadi panjang berjela-jela. Tapi nanti memang dah jadi macam….ko bagi aku Menara Gedembai, aku bagi ko Semanggol Lonjong.

Dan pada dia yang rasa saya patut benamkan pisau tajam ke dada mereka, untuk pelangi, well, one thing you should know, sebuah rasa aman di jiwa adalah terlalu mahal untuk ditukar pada pelangi yang jangka hayatnya hanya seketika. Btw ada orang mati ka sebab tak tengok pelangi,ka? Kadang itu, damai dalam pekat hitam yang sunyi lebih mengasyikkan dari berlelah-lelahan membenam pisau tajam kedada kawanmu sendiri demi mendapatkan pelangi demi pelangi. Tak caya? jom petang-petang kita sama-sama hidu bau hanyir sungai kat blakang ofis saya. 

Depan ka blakang, ofis haku (bulat kuning tu, na) ni mana depan, mana blakang tak tau lah...depan blakang ada jalan ada pintu, depan kut. ntahlah. Itulah study seni bina sekerat jalankan, facade pun dah tak boleh nak cam. Fail.

Kawan, hidup ini terlalu singkat untuk kita berlawan-lawan sesama kita. Kita bermula sebagai kawan, saya sayang kamu, walau saya tak tau kalau kamu sayang ka tidak sama saya. Jadi apa perlunya kita mempamer kehebatan masing-masing berkuntau sesama sendiri hanya kerna nak menyukakan hati penonton yang suka tengok  gladiator bertempur.


Kawan saya nak bagi tau kau, saya kawan kau dunia akhirat. Kita diberi bakat bergusti,  pada mereka kita ini hanyalah macam pengusti-pengusti yang berlawan di gelanggang gusti. Saya tak perlukan gelanggan itu, jadi the gelanggang is all yours. 

No comments: