Thursday, May 15, 2014

KAMBING HITAM YANG CERIA



Saya dah lama tak bercakap-cakap dengannya hari itu dimajlis walimah adik dua-pupu kami sempat berbual sekejap. Walau sekejap memang seronok dan menginspirasikan. DIa ibu saudara dua pupu saya. Ada Phd. Walau dia pendidik, saya pula kerani aje, kami mempunyai persamaan itu, menyibukkan diri dengan buku, menelaah pelajaran sementara menunggu dijemput pulang.

DIa dah habis belajar sedang saya masih terkial-kial lagi diperingkat sarjana Muda, saya mau ikut jejak langkah dia. Kami berkongsi cerita politik pejabat. Hmmm sama aje, anak dara tua yang gemarkan buku adalah penjahat no wahid kepada oraganisasi. Kawan saya bercerita yang dia baru lepas merasa satu azab, rasa dimalukan dek permainan ini. Dia redho, kata dia, walau pada mulanya dia rasa sangat malu.

Saya tak taulah jika dia ada cita-cita untuk well jadi somebody dalam sector pelajaran di Negeri ini, tapi saya rasa dia tidak begitu. Dia belajar sampai peringkat tertinggi sebab dia memang suka belajar. Dia tak ada apa benda nak bikin, so dia pergi sekolah,lah. Tapi tiba-tiba kata dia, dia ditukarkan ke sekolah yang well…gred lebih rendah. Bila jadi macam tu kira macam rasa demotedlah. Esteem jadi macam jatuhlah gitu, dihantui suara-suara “anak dara tua tak guna, jahat” pun ada. Itu kata dia,lah. Kata orang yang menjerumuskan dia ke kancah ini mungkin lain,lah pulakan. Adalah sebab dia ditempatkan ke sekolah yang lebih rendah ratingnya. Mula-mula dia sedih, tapi hari ini dia kata syukur, sekolah baru, lebih dekat dengan rumah, dan kurang memeningkan kepala.

Pelajaran yang saya dapat dari perbualan pendek tadi ialah, tiba-tiba dijerumuskan jadi kambing hitam  politik pejabat bukanlah perkara besar, sangat pun. Biar apa pencatur tu nak justifikasikan atas perlunya mengkorbankan seekor kambing hitam, gasak dia,lahkan. Yang penting jangan sesekali kita percaya apa yang dia kata tentang kita. Biar dia mengungguli tiap percaturan. Kita yang tewas, tak semistinya kita tak betul/bermasalah, atau pembawa bala bencana.

He he he…cakap macam ko bermasalah aje nih…

Iya memang pun, dan saya dah isi borang pertukaran pun. Buat apa gaduh-gaduh, nak lawan-lawan balik. Bumi Allah luas, rezeki ada di mana-mana.

Tapi kawan kata muka saya pucat. Ntahlah kenapa pucat ye…saya sudah merendam sebesen bunga-bunga segar untuk mandi-mandian. Kasi segar badan. Saya ini pakai macam daei imej kenalah ceria dan murah dengan senyum. Pucat-pucat nanti kasi tambah buruk sama imej Islam. Imej kena jaga. Tetiba aje macam orang gila fikir pasal imej ni kenapa eh…..


gambar ni saya masa google-google

No comments: