Monday, May 12, 2014

HUDUD DAN GST


Hudud dan GST kalau ikut pakar masing, dua-dua baik. Pakaaarrr. Pakar Cukai, Pakar Hudud. Pakar cukai semua dah sepakat dah kata GST lebih baik dari Income tax biasa. Maka dengan itu walau ada banyak bantahan sampai berbantai-bantai berbilai-bilai, GST still on 1 April 2015 adalah tarikh pelaksanaannya. Lain pula dengan Pakar HUDUD lebih macam nak tak nak aje.Tiada kesepakatan dan yang mengejutkan ada yang berani persoal “adakah kita bersedia untuk HUDUD?” Iyalah engko yang pakar. Kita baca kita angguk-angguk setujulah. Ntah betul pakar ntah idak, tak kuasa kita nak memeriksa, lagi pun Pakar Islam tak macam pakar cukai, nama ada dalam daftar keahlian. Bule semak betul tak ada lesen tak ada lesen.

Kita bukan tau apa sangat pasal pakar hudud ini pun, asal dia tulis dalam FB penuh huruf jawi, huruf hijaiyah, hah pakarlah tu. Kita orang kecil kita takut kalau tak sokong HUDUD kita semua akan masuk neraka. Takut. Tapi kalau dah sibuk kata tak ready, dari terang buat roadshow kata Hudud baik, kita pun senanglah hatinya gitu. Kita tak ready, thus hudud tak baik, tuhan tak marah kita tak laksana hudud.

Tapi laim macam GST, ramai  tak sedia. Sedia tak sedia, sebagai orang kecil yang ada sikit-sikit belajar cukai-cukai ini, saya lihat gini ajelah…cukai apa pun pakar kata bagus, rakyat kata tak bagus, tapi bagi pakar ia perlu dibesar-besarkan kebagusannya. Jika semua percaya ia bagus, lebih banyak jenis cukai akan wujud, lebih banyak pakar diperlukan. Orang belajar cukai, sarjana cukai ada lagi banyak kerja/.topik mau dibikin kajian dan tulisan berbentuk ilmiah. Bila orang cakap cukai-cukai, sarjana cukai akan dipanggil penerangan/pencerahan, sikit-sikit tu dapatlah juga duit poket. Kalau ada phd RM400 sejam sapa tak nak tolak? Rezeki tuhhh….

Tapi pakar HUDUD tak fikir macam itu. Berusahalah bikin HUDUD jadi kenyataan, nanti akan ada banyak post bagi graduan-graduan, pakar-pakar HUDUD. Ada banyak ceramah, pencerahan, yang perlu dilaksana. Peluang rezeki bertambah melimpah ruah itu macam berdosa jerk...macam memperdagangkan Hudud. tapi kalau tulis buku, tulis artikel banyak-banyak kata tak sedia, tak sedia….itu ok kut. Menyelamatkan ramai dari terinaya.

No comments: