Monday, May 19, 2014

BACA ORANG VS BACA JURNAL

Sebenarnya baca orang lagi best dari baca jurnal, tapi wat to do akibat leka terlewat bayar yuran, saya secara tak sengaja telah memasuki hutan belentara ilmu. Adoiiii sedihhhnya. Belum, saya masih belum dapat topik lagi...nak tau apa dah jadi Ahad yang lepas?

Perang wa, cakap lu peraaaangggg. hah, wa takut ooohh wa punya pensyarah yang cantik dan bijak itu merajuk aje. Ape ceerrr...itulah pensyarah tu dia kesel kelas dengan emel jah. Yang teman ni memang ler nama teman tak de dalam list lagi, kan teman dah terlewat bayooo. so nama pensyarah tak pick-up lagi. Teman tak tau apa-apa ceeerr pasal ini,lah. Kawan teman pula HP tak canggih, tak bleh detect incoming mail.

Teman dengan kawan teman dok tunggu, tunggu, tunggu, kawan teman msg-msg-msg, call pensyarah, rope pensyarah ada kat S'pore, telefon masalah, kelas kensel. Kawan teman, orang bangsa Cina, wah dia malatooopppp, terus komplen sampai KL hah. Teman memang tak tau ceeerr. teman dah sampai romah kul 3 something university dok tipon buat siasatan.


Punyalah seriau darah teman. Kalau lecturer teman tak dapat, mengajo, pasal komplen kawan teman ni tadi, ler, hah sapa pula nak nagjo...memang ada lecturer simpanan, kawan teman plak tak suka lecturer tu. Kata lecturer tak pandai mengajo, le pulakkk hah!...Pensyarah Perakaunan ini bukannya ramai bebeno, kalau ada, pun teman rase...tak ramai yang sanggup bikin Part-time. lain le kalau kat KL,kan.

Tak taulah apa ceerrr, university tak tipun lagi. Silap haribulan ko, tak pasal-pasal kena OL(open learning)..baru padan muka kita orang. Mana dengan, literature reviewnya, dengan yang ini, tak tau sapa nak ngajonya, memang kalau aku lulus kali ni memang aku terror lah...belajar accounting OL pergh...hebatnya he he, rase tak dek lagi dibuat dek orang deeerrr.




Apa pun tak kisahlah, yang ada hadap dulu, ada 5 essei yang perlu disempurnakan, cari topik untuk my project. Minggu ini saya ada task-force dengan Akauntan Negara Caw Melaka, boleh jumpa Akauntan, riky-riky pasal tajuk projek, akauntan suka kalau ada orang nak kaji. lepas tu haiiii apa lagi membaca-membaca dan membaca...

Oklah incase ada yang rindu, sepanjang saya membaca, ...saya tinggalkan kamu dengan video kat di atas, ok ta ta:-

No comments: