Tuesday, April 22, 2014

Semalam, Adalah Hari Sedih Saya


Semalam, balik interview kawan dan sorak-sorak, macam mereka sure sangat that I’ll get the job. Apa masalah,kan, saya punya CGPA saya bagus, prestasi pun bagus dan saya adalah calon KPSL. Pun begitu saya tak 100% sure. Infact saya rasa saya dah gagal.

The interviewer just don’t like me I suppose. Perasaan saya. As if like he was saying I am a liar. Soalan insyaallah mudah dan boleh dijawab, tapi saya rasa dia tak suka jawaban saya. Dia tanya adakah saya tak kisah dihantar ke mana-mana. Saya jawab. Saya seolah terdengar suara mengatakan ini sah membohong ni. Last sekali dia suruh saya, ceritakan apa yang kamu tahu pasal GST. Saya jawab. Saya rasa dia kata dalam hati “alamak plastiknya minah ni, ini mesti kaki bodek nih”.

Dia buat muka boring dan infact, dia mengeluh, pun. Mesti dalam hati dia kata…”pembohongnya minah ni. Ko pakai tudung labuh, ko mesti penyokong kuat PAS, sanggup ko tengok iklan kartun TV1  dan hafal segalanya sebab parti dan family ko miskin tak mampu bagi ko kerja. Kesianya  ko terpaksa berbohong sebab nak dapat kerja. Kat opis ni mesti ko lah paling kuat bantai GST.”

Antara soalan favourite ialah adakah kamu sanggup saya hantar ke Sabah, Sarawak. Tapi hari ini mereka akan kata ke mana-mana. Dan sudah tentu jawabannya ialah….iya saya sanggup. Lepas tu merengek minta tukar.

Kawan saya pernah ditanya soalan yang sama. Dia cakap dia sanggup, dan penemuduga akan tanya, lagi dan lagi dan lagi. Tadi pun saya jawab dari hati, memang saya tak kisah, still dia tak percaya dan kata bila ko fikirkan kos mungkin ko tak mau pergi, dia tak adalah cakap macam tu. Ini saya rephrase baliklah …saya terdiam. Orang bujang apa ada masalah kos pun, kan. Kita boleh sewa bilik. Kita tak perlu rumah. Dan adat orang kewangan 5 tahun mesti kena bergerak. Apa perlunya seorang yang bujang senang macam saya menyewa rumah yang mahal-mahal,kan. Saya terdiam tak terkata…bulehkan saya hantar emel dan bagi jawab yang baru saya terfikir ini?

Pemenuduga adalah orang yang totally different dari saya. Dia soft spoken…saya pula aggrasif. Saya rasa mesti dia pilih orang yang macam dia juga,kan. So bila kawan-kawan saya rasa konfiden yang saya boleh dapat, saya rasa sedih sangat…

No comments: