Saturday, April 19, 2014

MEMANG SAYA KAKI GADUH

Hari ini saya tegas rasa memang saya tak perlu minta maaf, tak perlu lagi ada rasa kancheong atas N3 yang lalu sebab orang kata kalau ko dah pial telinga orang, lepas tu orang tu pial telinga ko balik, dah kira fair and squre...

Kami cubit peha kiri dia, dia cubit ntah kiri-kanan-depan belakang habis dia libas dengan mata penanya yang tajam sungguh itu dalam tulisanya di sini. Adoi saya rasa sakit teruk. Sebab saya kira sakit saya teruk, saya nak menyeimbangkan sedikit rasa teruk tu. Saya nak kata sebenarnya eh...orang yang macam ko sanjung tu memang banyak mencubit kami masa hayat dia. Perbuatan menangguh-nangguh kes adalah menyusahkan. Iya dia dah mati.

Haraplah faham jua andai ada yang merasa lega diatas pemergian dia walau saya sedia maklum satu pergi akan ada lagi pengganti, insyaallah.

Kes Mahkamah Sesyen, dibawanya ke Mahkamah Tinggi. Nak sangat mahkamah tinggi bagi penal code death penalty, bule??? tak nak pula...nak penalty Mahkamah Sesyen tapi nak pakai court Mahkamah Tinggi. Kalau kerani kecil macam saya dah lama kena terajang dah. Membazir duit rakyat tu. May be they are clueless, tak ada idea akan implikasi kewangan bila satu-satu kes yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Rendah, naik ke Mahkamah Tinggi. Tak apalah sistem perakaunan kita pun belum begitu canggih sampai boleh amal Cost based Acconting pun. Bila dah dapat apa dimau, dilengah sana, dilengah sini. Kata ada alibi, sampai masa satu habuk alibi pun tak muncul.

Iya betul orang lain lagi banyak membazir juga, tapi ini cerita orang yang selalu bisingkan orang lain, membazir, bila tiba dia membazir bolehlah pula.

Memang dia seorang peguam yang handal, tapi bila dia pilih anak guam yang memiliki attitude orang lain buat tak boleh, dia buat boleh, jadinya, mau tak mau kena terima hakikatlah jika saya susah nak rasa simpati atas pemergiannya. Bukan juga bermakna, ketidak hadiran rasa simpati ini, tanda adab dan akal saya sudah mati.

Sekian.

No comments: