Saturday, April 12, 2014

BEZA ANTARA PEGAWAI PERUBATAN DENGAN KAUSELOR

Sebagai pesakit mental mereka yang rapat dengan saya selain dari famili sudah tentulah Pakar perubatan yang merawat saya di hospital. Selain itu saya suka juga bercakap dengan ustaz dan mereka yang ada sijil kauseling. Dulu saya kerja dengan Pejabat Pelajaran dan memang saya ada kenalan dari latar-belakang kaunseling ini. Kerja mereka selain dari jadi pegawai pemantau, pantau cikgu di sekolah mereka ada buat talk motivasi.

Beza orang kauseling dan Pakar, pakar like yang sebelum ini saya cerita, tak cakap banyak. Saya ada melalui sesi analisa psiko, pun mereka ada had masa, mereka tak cakap banyak. Sepanjang sessi tu bergantung kalau ko diam, diamlah jadinya agaknya. Saya agak talkative juga. Dari sessi-sessi itulah saya belajar pasal Sigmud Frued dan terus dalam 6-7 tahun kebelakangan ini saya banyak baca bukan pasal masalah mental aje, tapi juga pasal sakit jiwa.

Kaunselor, pula pulak-pulak tu yang ada masters, petah dan selalu bagi talk, mereka banyak menasihat itu dan ini. Untuk pengetahuan, ada seorang kaunselor tak berapa setuju saya berblogging, dia tak cakap direct, dia cuma kata, jangan dibuka apa-apa. Saya tak fikir ada benda yang perlu disorokkan, pun. Mula-mula saya ragu, tapi hari ini bila orang ramai sangat cakap pasal sakit jiwa, saya rasa saya perlu bercerita.

Sikap suka meneka, menteorikan si anu, si ani si nunu menderita sindrom itu dan ini mengalahkan pakar juga merupakan satu ntahlah iyer....Satu sikap yang pada kita, menampakkan orang tu idaklah ilmu dan amalnya sedalam, sehabat tokoh kejiwaan ulung islam. Sebab orang alim tak berani cakap macam itu. he he he....

oh ya one more thing, for you to be a Pakar Kesihatan, kamu memang kena ambil medic, practice medicine, lepas tu baru boleh opt jadi pakar kesihatan mental. Mau jadi pakar motivasi, kaunselor, science stream drop out pun buleh kut...ntahlah, mungkinlah kena ada sains matematik, pure sastera tak boleh, tapi taklah tak perlu belajar ilmu perubatan sampai lulus, dulu. Masa SPM tak cemerlang dalam bidang biologi, sains, kimia, matematik, matematik tulen,pun tak apa. Masih boleh lagi jadi pakar yang kadang tu saya bercakap sendiri, hai Pakar aku yang kat hospital pun tak de lorat macam dia nih...he he he...

No comments: