Monday, March 17, 2014

Sayang, Tak Pernah Benci (abis)

Helah bela diri ialah proses psikologi yang bertujuan mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego dek kerana kutukan super ego dengan cara  memutarbelitkan kenyataan atau menyangkalnya.

Dalam ramai-ramai orang besar yang punya helah bela diri tahap dewa, yang paling saya suka ialah Dr Wan Azizah. Iya suka, betul-betul suka tahap dewa juga. Pada Wan Azizah suaminya adalah keramat, langsung tak ada cacat-celanya. Baru-baru ini, Dr Wan Azizah berkata suaminya tidak kenal Kapten yang terlibat dengan pesawat yang hilang, sedangkan di Parlimen suaminya telah mengaku yang beliau kenal juruterbang….kenapa dia jadi sangat teruk? 

Orang yang sependepat dengan saya akan kata dia jadi teruk sebab suami dia teruk, suami dia mentally abused her, tapi  saya pernah berteori bahawa Dr Wanlah yang abusive. Dia “drive her husband nuts” bukan suami dia aje, ex dia pun jadi “weng” juga. Ex dia, yang satu ketika dulu amat setia teman dia pergi balik kuliah, tapi dia boleh kawen lari kat Siam dengan suami yang sekarang ni, sampai dulu masa student jadi weng, sampai belajar sekerat jalan jer dan bila dah dewasa ada ramai pengikut, jadi pemimpin besar, lagi tambah weng, sampai keluar kenyataan “barang siapa melepas lelah (keperluan Seks) pemimpin yang sedang berjuang, dia dapat pahala berlipat kali ganda dari tuhan.

Ada orang kata Dr Wan Azizah patut berhenti membela suaminya, tapi saya pula rasa yang suami Dr Wan Azizahlah yang patut berhenti melayan cita-cita isterinya untuk membawa sinar harapan baru untuk warga Malaysia.

Ini satu lagi fitna saya yang jahat? Fitna saya tak pernah ada lagi, sebab, fitna saya satu inilah aje ok. Wah, sungguh hebatlah penderitaan saya dek dikutuk super ego. Aduh….betapa tersiksanya batin saya. Wait a second saya hanya berspekulasi/menganalisa psiko hasil dari kepercayaan kepada data, maklumat, fakta, auta yang disogok saban hari. Itu hujah-bela diri saya. Apakah hujah ini sudah jatuh jadi helah? Saya telah memilih maklumat yang songsang lantas analisa saya tak betul? Wah aduh-aduh---sakit, tolong super ego jangan pukul saya he he he…

Alamak tapi nampaknya kali ini super-ego saya dah jadi lemah, lah id pula telah bermaharaja-lela. Saya sudah sangat taksubkan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan yang lalu. Iyanya betul, 100% betul memang air mani suami Dr Wan berada dalam dubur pengadu. Bukankah Mahkamah unsur super-ego? 

Hey badigol, ko dah lupa ka parameter awalan kita, Ini Malaysia Boleh Land yang Mahkamahnya tak adil ok, Polis SB boleh extract air Mani suami Dr Wan dan masukkan dalam dubur si pengadu ok. YOU GOT ME NOW? Dah saya dah penat ni, nak rehatkan minda. Tak lama lagi nak exam. Nak tobat, dah tak moh main game analisa psiko ini lagi dah. :)

No comments: