Friday, March 7, 2014

BURUK SANGKA KAT KAWAN SENDIRI

Grafik yang saya hasilkan dalam entri sebelum ini memang solely 100% guna perisian ms excel. Senang aje nak bikin, tak sampai beberapa minit dah siap dah. Iya benar, saya memang nak cepat siap. Karang lambat karang terhegeh-hegeh nanti basi.  Tapi sebelum itu saya masih melakar secara manual untuk sampai ke produk akhiran saya.

Mula-mula google imej as my precedent study. Saya maukan kucing yang sedih. Saya pun taip “sad cat cartoon” lepas dapat idea peram dulu, guling-guling, berangan-angan dulu sampai tertidur, bangun tidur baru tuangkannya dalam bentuk manual sketches.

preliminary sketches

Lepas tu baru on komputer dan mulakan kerja menconteng gambar cantik yang saya curi dari wall Facebook.. Memang cepat. Tak sampai 30 minit pun boleh siap. Proses keseluruhan, ntah tak clockinglah pun. Saya mula projek ini lepas pejabat sampai rumah pukul 6 gitu, sebelum saya pergi ke pejabat pada keesokkan harinya, benda tu dah siap dah. Sekejap saya buat precedent study, in between masak, mandi, makan, goreng keropok,  dengar yassin kat youtube. Iya berguling, berangan dan tidur, iya itu sudah semistinya.

‘********
Pengrafik pada hari ini ada yang terus straight lukis kat computer. Iyalah kadang tu ada banyak job, tak de masalah nak sketch,sketch ni, lagi pun pelanggan bukannya tau pun apa aku buat, janji siap he he hee…namun nanti kesannya pada dia juga.

Saya ingin meletakkan komen di status seseorang di FB yang merupakan orang yang banyak menghasilkan kulit-kulit buku indie yang cantik-cantik. Hasil kerja tangan dia memang bagus-bagus, ada kelasnya yang tersendiri. Tapi kadang tu like I said makin hot, makin ramai pelanggan, kita mungkin tidak kecukupan masa untuk menyiapkan satu-satu projek dengan kemampuan sebenar kita. Atau kita malas nak terima projek tu, tapi sebab dah kawan, takut kawan kecik ati, kita terima, ajelah jadi hasilnya pun biasa-biasa aje, bukan hasil seorang kita-kita yang sebenar.

Itu sebabnya walau logic mengatakan hasil seterusnya akan lebih baik dari hasil pertama, tapi ia tidak semestinya begitu.

Oh kenapa saya tak berbuat demikian di FB, walau memang jejari saya gatal je nak menaip begini:-

“ aik kerja macam ni, mana-mana budak skola tadika yang pandai computer pun buleh buat, tau!”  
idaklah sejahat itu, idaklah. itu tuuu saya berangan aje tu kunun saya bos dia yang jahat dan suka psiko dan tekan orang bawah, sesuailah dengan imej yang pernah diberikan oleh "somebody" dalam dunia penulisan kreatif (atau lebih tepat lagi sastera) tempatan untuk saya. Berangan sekejap je eh sumpah tak pernah bercita-cita pun nak orang besar dalam bidang graphic. Saya cuma gatal nak menulis macam kat bawah ni jah:-
“macam terus lukis kat computer jeh”
Saya takut? Ya memang saya takut. Saya takut lepas ni, ntah apa tah mereka kutuk-kutuk saya tah,. Dia pernah lukis teruk untuk menggambarkan saya. Ntah apa dia marah sangat dengan saya, tak taulah saya. Lama bertahun lepas tu bila saya dan kawan bercadang nak bukukan tulisan kami, dia tolak, sebab saya ada hantar emel berjela-jela, kepadanya. Tika itu barulah saya sedar wajah online (melalui tulisan dan komen saya) sangat jahat dan keji sekali.

Itu pasallah saya takut nak respond, dia tanya saya ikhlas jawab (hambar, tak ada feeling, macam hati dia tak ada aje kat projek tu) tapi saya takut dia fikir "sah minah ni jadi psiko yang sangat desperate lagi penasaran yang patut dikurung dalam mental asylum aje Friend FB aku sebab nak cari pasal, cari publisiti murahan, dengan menghentam aku yang  besar dalam industry perbukuan indie Malaysia, ini setelah dia gagal merampas kawan aku  pemuisi yang sangat hensem itu, berbakat lagi digilai ramai itu". Jadi saya membebel di sini sahajalah.oohhh wa manyak takut oooooo.

No comments: