Saturday, March 22, 2014

PERKS OF BEING A SPONGE


Semalam, kisah panjangnya sebenarnya begini. Saya yang memang dah mai kije seawal 7.35 pagi, tetiba dikejutkan kawan yang baru sampai tanya saya pasal teori emosi pilot tu. DIa suka teori tu sebab dia pernah berkelakuan destructive (memecahkan cermin alas meja) tika dia marah. Dia adalah seorang yang lemah-lembut jadi bila cermin itu pecah dia sendiripun jadi terkejut.

Dia itulah yang sedang berdebat dengan rakannya yang menyebabkan dia pecahkan cermin, lalu pinta bantuan saya untuk terangkan di mana saya dapat sumber emosi pilot itu. Saya tak sempat nak cari, sebab kawannya yang sangat spektikal dengan idea emosi itu begitu mendesak-desak kami macam orang gila. “apa motif dia, apa motif dia?” Suara saya pun naik sama dan saya kata “nak masuk syurgalah, macam pengebom berani mati tu” 

“Pengebom tu dia pasang bom keliling pinggang, dia sorang-sorang, yang pilot ni bawa ramai penumpang, apa kehalnya, kalau nak mati, mati sorang-soranglah”

“eh, pengebom berani mati dia mati sorang-sorang ka? Macam kat Indon tu dia bom hotel, bukan sorang aje yang mati, tau, kanank-kanak pun mati sama”

“Itu tak pelah dia gila dia sangka semua dalam hotel tu pergi hotel buat kerja maksiat, dia nak bunuh ahli maksiat. Ini orang naik kapal terbang nak pergi kursus, nak pergi honeymoon, apa kes? Dalam kapal terbang ma, tak sempat/sempit, tak private, terbuka luas untuk romen-romen, buat maksiat, dia ketawa berdekah-dekah”

Saya senyum-senyum dalam hati, sah dia ni memang baik habis,lah. Langsung tak frinjan…

“Dia nak pergi bawa kesemua mereka masuk syurgalah”

Tika itula bos ajak kita tahlil, dan lepas tahlil itulah mereka makan, dan bos emo sebab kita berteorikan benda yang tak boleh bos terima pasal Kapten Zaharie.

Usai makan kawan yang ajak saya berdebat minta maaf, dan kata dia tak kisahpun kalau betul pilot to go “weng” gitu. Dan kami berpakat, ok sekarang kita tak payah salahkan kapten, kita salahkan aje teori konspirasi, sebiji macam kata bos. Tak kisahlah memang ada ajen dajjal yang masuk dalam kapal terbang, atau, kapten tu sendiri yang ajennya. Tak, tak tak… tak mungkin orang PKR jadi ajen illuminati,kan. Bukankah mereka itu dibawah lindungan Dr Wan yang punya mukjizat yang sangat besar dalam menangkis sebarang serangan dajjal?
Tapi kawan lain yang lebih sukakan teori rampasan kapal terbang dilakukan dalam kalangan warga MAS  sendiri (i.e. MOLE dalam MAS) kata, 

“kalau ko tengok felem science fiction, boleh, juga dajjal dah pukau pilot, pilot kena psiko, atau dajjal dan injeck worm yang bikin pilot tu weng”

Dan saya pula, kata, kalau dah ada yang tak nak sebiji macam bos, kita salahkan aje kapal terbang tu. Abih cerita. Buat apa gaduh-gaduh just because of this,kan. Faktor kapal terbang… see how kalau dalam berdebat-debat ini, seelah how sihat my syahawat is…. That’s why I really wish saintis ada alat measure syahawat hik hik hik…semua orang pakai satu, kalau bunyi…bib bib bip bip kuat sangat, kita disarankan saling bermaafan dan berpeluk-pelukan he he he…..Kalau ada alat tu, kompem saya punya tak akan pernah berbunyi, tak pasang bateri, apa?

No comments: