Wednesday, March 26, 2014

Perks of being a SPONGE III

(talam bermuka-mukakah aku?)

Biasa kita kawan dengan kawan yang serupa kita aje,kan. Iya ka, tak, saya kawan semua, sebenarnya. Mujur kawan-kawan saya tidak passionate pasal MH370. Bayangkan di pejabat tu ada satu puak sangat taksub dengan idea emosi Pilot, satu lagi pula sangat menentangnya.

Maka macam mana ya? Saya tidak akan berkata apa pada sang penentang, tapi menyabarkan kawan yang suka sangat baca surat khabar online dari barat itu he he he….wartawan UK sana, bukan manusia aje yang boleh psiko, haiwan pun psiko gak, macam-macam.

Saya akan kata begini:-,

“Buat masa ini ko diam dulu, dan ko harus ingat ilmu psikologi ini masih lagi muda, sedangkan ilmu sains lain pun dulu pada asalnya manusia susah nak terima. Ko ingat tak sejarah ilmu kimia dulu. Pengamal ilmu kimia disamakan dengan ahli sihir dan mereka dibakar hidup-hidup dan saya kira begitulah kiranya dengan apa yang sedang berlaku jika kita bertoya-toya mau juga menerapkan element psikologi dalam isu MH370 ini”

Pun begitu teruskanlah membaca. Tiba masa nanti saya positif, lambat laun orang akan boleh terima juga ilmu ini kerana ini adalah satu cabang ilmu yang baik, dan saya sendiri amat menyukai ilmu ini dan percaya pengetahuan yang sedikit yang saya belajar dari Pegawai Perubatan Hospital kerajaan tentang ilmu inilah yang membantu saya dekat dengan Tuhan,

Juga dapat menjadikan saya lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang tak sama macam saya, bukan sahaja tak sama tapi well bukan se”kelas” dengan saya…well…well…mengeluh aje aku nih….well I saya sekolah sains, ok dan saya kena bercampur dengan most of science stream drop-out. Cubalah ko bayangkannya iya. It’s not easy tau. But Psychology has helped me a lot.

For those yang minat psychology bolehlah klik link ini, for those who don’t baik jangan he he he…..

No comments: