Saturday, February 22, 2014

TAK PERLU PERCAYA PADA SEMUA ORANG....

Sambung lagi cerita semalam…..pasal orang-orang sekeliling yang gatal-gatal suruh kita tukar-tukar kerjaya itu. Macam tulah orang bila kita kerja rendah-rendah, mereka  berani mengusulkan yang  entah apa-apa tah yang mereka sendiri pun tak berapa arif dan tahu.

Meniaga kek lebih tinggi darjatnya dari menjadi seorang kerani. Itu tanggapan mereka. Kebarangkalian seorang kerani naik memanjat jadi seorang Akauntan atau Juruadit adalah sangat rendah sekali. Bila dia tengok muka saya, mungkin dia kata dalam hati yang saya ni tak ada langsung tokoh Akauntan dan Juruaudit.

Ntah, saya memang ada kawan Penolong Juruaudit, dan kenalan Akauntan. Saya tengok mereka dan saya sikit lebih kurang aje. Ada gemuk, ada kurus, tapi semua macam saya. Berbaju kurung dan lebih ramai bertudung dari yang tidak. Bila saya pergi talk yang dikendalikan oleh IPN dengan kerjasama CIMA, saya tak rasa saya pelik dan janggal, pun. I feel at home. We look more or less the same. Saya pergi kelas akaun, saya feel at home juga.  Dan saya suka.

Bila banyak orang cakap-cakap, saya hanya berpegang pada satu, iaitu kata-kata Ketua Akauntan Negara semasa persidangan Pembantu Akauntan di Penang pada tahun lepas. Dia kata kalau kita kerja baik-baik, belajar baik-baik, tak ada sebab untuk kita tidak boleh pergi ke aras yang lebih tinggi lagi. Hajat saya cuma satu saja, agar nama saya tercatat dalam senarai keahlian Majlis Akauntan Malaysia.


Kalau ikut hati saya mau sahaja jadi isteri kepada seorang pemuisi Frinjan. Tapi saya harus realistik ini Malaysia, Utan-utan Kayu haram weh, peluk-peluk laki bini dalam novel cinta pun udah dapat label novelis CABUL. Mau melancarkan misi mencari pemuisi Frinjan dari Indonesia? Kalau jumpa pun  tidak mustahil dia akan berpusing 180 darjah bertukar jadi penulis lingkaran pena untuk bertapak di sini.

No comments: