Friday, March 8, 2013

Teori konspirasi 1


Dunia orang bawah ni senang. Serba kecil, serba simple. Bebas konspirasi. Hasut-menghasut? Itu saya tak tau. Kita orang bawah apa jua yang orang bagi kita terima. Kalau ada semacam kegiatan memulau/membuli  atau apa-apa yang tak enak, itu semualah tu berpunca dari kita sendiri juga. Saya pun  pernah kena benda itu semua. Tapi saya mengambilnya dengan terbuka dan memikirkan, orang takkan buat aku sampai macam itu sekali, kalau aku tak ada buat sesuatu kat dia. Adalah perbuatan saya tu yang telah menyebabkan dia berbuat begitu, sama saya.

Jadi konspirasi-konspirasi ini adalah sesuatu yang sangat asing dan jauh dari orang bawah/kumpulan pelaksana macam saya. Kalau anda bercerita tentang konspirasi, saya mungkin kata anda sudah “out of your mind” tapi orang kata, bila kita dah masuk belajar ijazah ni, marilah kita berterbuka sikit pasal benda konspirasi ini. Konspirasi yang wujud dalam kalangan orang berbakat, berketurunan, berkebolehan mengubah dunia agaknya.

Ada orang kata kejadian di Lahad Datu tempohari adalah konspirasi/sandiwara orang yang memerintah pada hari ini. Saya memasukkan diri dalam jalur fahaman orang yang merasakan sepatutnya dialah yang berkuasa tapi disebabkan konspirasi aturan bangsawan Eropah + Iblis ini, Iblislah yang  mengaturkan perjalanan kita sebagai rakyat Malaysia.

Dulu kita merdeka kita ambil alih dari British. British ni ada juara cerita tamadun moden. Mereka kata tamadun ini bermula dari beberapa orang pahlawan yang menjaga kuil Sulaiman yang telah mencuri skrip-skrip sihir dan mengamalkannya.  Cerita agak panjang. Pendekkan cerita tamadun pada hari ini berteraskan ilmu sihir.

Ok bila Negara merdeka, jadi yang menyambung pun ahli sihir jugalah kiranya. Ahli sihir ni kena bagi makan setan. Setan makan darah.

Ok…. Berbalik kepada peristiwa Lahad Datu…

Mereka bagi makan darah pada makhluk halus
Mereka tabur wang BRIM pada makhluk kasar.

Inilah cara mereka untuk kekal berkuasa. Apa pula cara kamu?

No comments: