Sunday, January 20, 2013

Sahabat

"Kelemahan lelaki ialah wanita, dan kelemahan wanita adalah pangkat dan harta" terimalah mereka seadanya, terkadang mereka kuat, ada kala mereka lemah...bersabarlah  


Orang kata kalau perempuan lelaki duduk berdua-duaan di tengahnya syaitan. Kalau perempuan dengan perempuan, ok tak, tak ada syaitan ka he he he…jangan melalut fikir yang bukan-bukan ya. Kami perempuan Melayu zaman 70’an tak tau lesbian-lesbian ini ya.

Bila kami berdua-duaan, memang ada syaitan. Duduk ramai pun syaitan juga, duduk sorang pun syaitan juga. Syaitan ada di mana-mana. Ok kita cerita pasal perempuan yang berdua-duaan, bertiga ditemani anak salah seorang dari mereka. Mereka hanya bertiga, sebab hari itu sabtu, mereka aje yang rajin mai buat OT.

Maka dek terhasut dek syaitan, yang dah membujuk mereka kunun cakap-cakap mereka adalah sekadar refleksi diri, muhasabah, atau terapi minda, maka dua wanita ini pun memakanlah bangkai saudara mereka sendiri.

Mereka mengumpat-mengumpat-mengumpat dan mengumpat. Actually mereka memikir dan memutus atas satu kes kawan bergaduh. Kasilah chance mereka berangan sekejap jadi hakim mahkamah Malaya, sedang hakim-hakim, Majestret semua tengah cuti rehat hujung minggu ini. Ok Kita cut short cerita, kita renung akan benda yang ada sorang wanita tu tak habis-habis lagi nak memikir dan membincang. Nanti dia nak bincang dengan kawan dia yang lain pula, nak tanya akan apa pula pendapat kawan yang lain itu, sampai balik rumah lawan blues dengan menulis di sini:-

Kesnya macam ini, 2 sahabat sedang bergaduh, isunya sudah disepakati dipandang sebagai tiada keserasian dalam kerekter. Rata-rata mata yang memandang  akan menjatuhi penilaian yang persahabatan mereka itu adalah memberati sebelah pihak aje, tak ada give and take. Tak sikit juga yang rasa, kalu dah macam itu carilah rakan lain, usahlah disayang sangat dengan persahabatan itu, tak rugi kalau tak bersahabat pun.

The question is, is is is is…. Aku tak sampai hati nak cakap macam itu, walau aku pun dah macam nak 100% nak kata lebih baik putus. Ha ha ha….

Sanggup kah korang bagi nasihat…”lebih baik break aje, korang tak ada chemistry, selama ni pun kawanmu itu hanya mempergunakan kamu. Nah, sekarang terimalah hakikatnya yang kamu di sini, di tempat ini, kamu sudah jatuh, dan tidakkah kamu faham, dia adalah seorang sahabat yang tak suka benda-benda yang dah jatuh!” J

Kejam sungguh bunyinya…

I would rather advise her like this
“jangan terlalu fikirkan sahabatmu itu, sebaliknya perbaiki dirimu, burulah kecemerlangan diri (go back to school, or try mngorat mamat kategori jerung hensem lagi berjaya dalam karier). Insyaallah sahabatmu akan kembali semula ke pangkuanmu, seperti dulu.”

Next nanti saya akan cerita my very own story of mylife…dan persabahatan saya.

No comments: