Monday, December 17, 2012

Tikam Lidah I


Semua suka kursus kali ni. Kata mereka rileks dan santai. Sambil buat kerja, kami borak-borak, cakap-cakap dan juga ada gak bertikam lidah. Bertikam lidah depan Yang Arif Majistret pula tu. Yang-yang Arif tak kata apa-apa. Tak komen, tak mencelah pun. Tapi saya rasa ka, terparanoia yang Majistret tembam (perempuan) macam tak suka/tak puas hati aje dengan saya. atau sebab saya ini yang membawa aura tak suka/fearkan undang-undang  maka, aura itu berbalik kepada saya balik. Orang kata what come around will come around/ you get what you give.

Last bertikam, bertikam punyalah bertikam (tak banyak bertikam pun, 2, 3 kali aje) memanglah power, memang kecoh. Pertikaman berbunyi sikit lebih kurang diringkaskan seperti begini:-

Anak buah Majistret Mahkamah Daerah 1 tak puas hati kenapa bonus harus dibayar berkali-kali, sedangkan anak buah Majistret  Mahkamah Daerah 2, sangat suka dengan cara yang itu sebab dia bantu dia kawal diri dalam berbelanja. Tertikaman jadi hangat sehingga  anak buah EO minta saya pandangan saya yang merupakan anak buah guna-sama Akauntan yang ditugaskan ke Mahkamah.   

Kalu ikut protocol, patutnya dipanggil pada pandangan Yang Arief, tapi kawan memilih saya. Sepatutnyalah saya memanjangkan permintaan kawan kepada yang Arif Majistret, jika saya mau mengaku sayalah Melayu sejati dan kuat-jati dirinya. Pun begitu sedikit sebanyak menyedarkan saya yang orang pandang atas kapasiti bidang kerja, bukan pangkat dan ilmu. Ini isu kewangan, so biar orang kewangan yang jawab.  Dan saya (Melayu yang sudah sikit sebanyak agak luntur sifat kemelayuannya less Malay) pun, apalagi dengan gelojoh dan sarkastiknya memberikan respond.

Saya cakap macam ini. “Belajawan kita deficit 4%. Ko suruhlah hakim-hakim ni denda orang banyak-banyak sikit.” Kawan kata “kenapa deficit bla  bla bla.” Beremosinya dia bila dengar perkataan defisit itu.  Jawap saya “kalu ko tak nak defisit, PRU nanti ko undilah Tony Phua agar jadi Menteri Sumber Manusia. Akauntan memang suka kalu tak de defisit-defisit nih. Ko nak mana satu, ko nak defisit ka, ko nak berkemungkinan Tony Puah pilih ko untuk dibayar pencen dan duduk rumah macam kat Negara China itu”

Masing-masing takut mula mereka merapik meraban, nak  kerja tanam sayur-sayurlah. Kenapa sayur tak taula eh, takut jadi macam Singapura, dah sudah kencing tak ada paip air nak cucuh macam kat sini dan bermacam-macam lagi. . Dan kedua-dua yang Arif angkat punggung tinggalkan kami.

No comments: