Friday, December 28, 2012

Eish, ini ada yang kena saman ni, juga.

DISCLAIMER: All statements denoted with 'question mark' (?) are meant to be rhetorical questions; not accusations. Think before you sue.
 (disclaimer ini saya jumpa dalam facebook....cute, kan)

Dalam tulis-menulis, di dunia maya satu aspek yang orang lupa fikir ialah perundangan. Betul di Malaysia ini, undang-undang sibernya memang kita tak tau duduknya di mana. Namun tak satu perkara yang boleh dijangka, jika terus-terusan ada rungutan dari rakyat, orang awam, tak mustahil satu hari nanti kita boleh ada  Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes "kerosakan/kehancuran/kebinasaan" atau omputeh kata damage & loss, juga jenayah yang berlaku di alam maya. Membicarakannya dan memutuskan akan apakah denda yang patut dikenakan kepada sipelaku kerosakan atau jenayah siber tersebut.

Dulu, orang sibuk-sibuk pasal pencemaran Alam. Hari ini kita sudah ada Mahkamah Khas untuk itu. Memang mengambil masa, tapi lama-kelamaan ia menjadi. Hari ini kalau kita melanggar peraturan, membikin kecoh, membikin suasana jadi haru-biru di dalam internet, di ruang blog dan sebagainya, kita mungkin tak akan dikenakan apa-apa tindakan. Itu bukanlah bererti kita bebas berbuat apa sahaja dalam dunia maya.Cuma  dari segi perundangan (rasa macam dah ada), penguatkuasaannya, belum nampak lagi. Oh ya tak ya itu suruhanjaya siber malaysia tu, ntah apa tah kerjanya ya? agaknya lebih kepada isu-perdaganganlah-penipuan perbankan,  isu/demi kepentingan pelanggan korperat yang besar-besar...isu-isu ko gaduh dengan jiran ko, ko cyber-stalk jiran ko, jiran ko cyber-stalk ko balik, itu isu kecik deme tak mainla isu-isu macam tu. Buang karen aje layan cerita ko tuh.

Itu yang membikin seolah kita rasa kita boleh berbuat sesuka hati di ruang maya ini. Kita rasa di Malaysia ini tak ada undang-undang. Kita boleh sesuka hati nak tepek gambar kita telanjang, beromen dalam blog kita, walhal kalau kita buat macam tu di tempat awam kita boleh dikenakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita juga boleh sesuka hati mengintip/mengendap orang lain, walhal kalau kita mengendap/mengintip orang di tempat biasa, dalam kampung, dalam kawasan kejiranan,...walau paling kuat pun polis, rukun tetangga buat rondaan aje tak adanya  kena masuk jel, pun. tapi insyaallah kalu tak kena pukul kasi lebam satu badan, kena marah, kena maki, polis tak jelkan orang yang pukul atau maki kita itu .

Dan, satu isu yang bikin PANAS di internet ini ialah fitna-memfitna. Cara kita mengelak dari dikenakan tindakan undang-undang yang sedemikian ialah meletakkan tanda soal (?). Itu pasallah la agaknya hari ini surat khabar meletakkan tanda soal selepas satu tajuk besar. Tanda soal bermaksud macam ini, kita tanya eh iye keee? Aku tak kata ko lembu, aku tanya betul ka ko lembu? Jadi boleh ka, orang yang terasa dirinya terhina-fitna sebagai lembu, menyaman orang yang difikirnya telah membuat dirinya merana, sehingga mungkin menyebabkan dia tidak boleh fokus dalam kerjaya dan  hilang mata pencarian atau sebagainya? Maksud sini sebab ko, aku dah rugi, jadi ko kena bayar balik rugi itu pada aku, boleh macam itu? i.e. kes saman sivil... so & so vs so & so. Bukan denda  jenayah ya dimana so&so vs the people of Malaysia. Boleh, kita pakat nak saman penanya itu? ko jawab sendirilah, kan. Kalu ko rasa ko Lembu memang ko Lembulah, kalau tak, tak,lah. Aku tak kata. Aku tanya aje.

Iya, benar, undang-undang adalah satu bentuk hmmm hukuman yang berbentuk pencegahan, pengawalan??? ntah benda keras? menakutkan? demi sebuah keamanan dan kesentosaan dalam sebuah negara.  Namun begitu berundang-undangan dengan orang seni adalah sesuatu yang memeningkan lagi menyakitkan hati, tak gitu?

No comments: