Saturday, October 13, 2012

Intelek Dapur

Bukan ini bukan gambar intelek yang diceritakan itu, tapi yang baby tu cucu dia. gambar nenek eh yang ada dalam koleksi peribadi saya semua kat dapur dan tak berkerudung. 


Ramai orang percaya yang di belakang lelaki yang berjaya itu ada perempuan yang menyokongnya. Betul ka ni, sikit lebih kurang la bunyi dia macam itu. Tapi orang tak cakap dibelakang kerosakan orang lelaki ada wanita yang menolak dia ke bawah. Orang tak kata macam itu, untuk menerangkan watak-watak seperti Samson & Delilah. Orang tak kata Delilah duduk di belakang Samson, bahkan Delilah memang diberikan tugas/misi khas untuk menjatuhkan Samson. Orang kata sehebat-hebat lelaki, akan tunduk kepada seorang wanita.

Ni sebenarnya nak mengumpat, nak bercerita…ada satu hari itu sedang kami tonton TV, ntah macam mana keluarlah cerita pasangan paling popular di Malaysia ini. Sapa lagi kalu tidak Anwar dan Azizah. Mak Uda tak nak layan gossip pasal mereka. Dulu dia suka sekarang sudah tidak lagi. Bila dia sambung macam ini “orang rumah dia tu….” Saya cepat-cepat potong… “orang dah angkat dia sebagai wali dah, orang kata tanganya tidak lepas dari biji butir tasbih. Memang bertasbih aje Wan Azizah tu 24 jam. Itu yang saya baca kat internet,la”

Saya cepat-cepat potong sebab saya tak sanggup dengar apa-apa benda negetif yang bakal keluar dari mulut mak uda saya pasal Wan Azizah. Saya pentaksub Che Wan, Che Nik, Syed, Seripah??? Yup you can call me that, sikit pun saya tidak berkecil hati. Tapi kalu ko kata saya syiah, memang saya sikit takut pasal itu, takut kena tangkap dengan pegawai agama kita, kena buang kerja, tak dapat pencen. Itu memang saya takut.

Mak uda tukar topik pasal sekolah tahfiz. Ntah sekolah mana tah yang budak-budaknya mati kena hempap dengan tanah runtuh. Kata dia dah nak kena siasat dengan pejabat agama. She want to tell me tak semua memakai imej islamik itu tak sesat. Saya iyakan ajelah, sebab benda yang beliau cakap itu memang betul pun. Lagi pun Mak Uda bini Ustaz. Mak pun sokong dengan mengatakan yang dia pula dah tak suka tengok muka Anwar. Dah tak ada seri.

Pun begitu saya tak berapa setuju mak babit-babitkan kak Wan Azizah wali keramat bagi tak kurang juga ramainya ummat di Malaysia ini, dalam kancah kemerosotan seri wajah Anwar. Tapi saya diam dulu, saya tunggu malam. Kalau cakap sekarang nampak macam, saya tak setuju dengan pendapat mak uda yang lebih bersifat makro/general, yang memang tak boleh disanggah akan benarnya hujah beliau.

Jadi, malam itu masa saya hantar mak pergi mengaji… saya psiko mak he he he…. Saya cakap saya ada baca satu cerita orang sufi, yang berkahwin dengan perempuan jahat yang suka menyakiti jirannya. Jirannya tidak berpuas hati lalu bertanyakan kenapa si Sufi ini mengambil perempuan jahat ini sebagai teman hidupnya, sedangkan dia Sufi yang matanya melihat dengan mata Tuhan. Sufi itu menjawab, jika aku tak ambil dia, dia akan menyakiti kamu dengan lebih-lebih lagi. Saya cerita lagi pasal isteri nabi Nuh, nabi Lut. Namun, bukanlah saya sungguh-sungguh percaya yang Wan Azizah itu wali. Memang saya 100% setuju dengan mak uda yang merupakan surirumah sepenuh masa kepada seorang ustaz tadi.

Cumanya  bila ada di kalangan kawan kamu yang sedang berhempas-pulas mengusahakan cerita wali-wali, seperti sudah terjadi menjadi biasa dah set dalam minda bagi saya untuk membenarkan kepercayaan kawan-kawan tadi. Biarlah mereka gembira dengan pelangi petang yang menyelubungi aura batang tubuh Azizah, walau saya sendiri memang tak nampak pelangi tu. hmm...almaklumlah mata saya ni, mata melayu biasa tak bioNIK seperti mata-mata mereka. Sekurang-kurangnya itu mengendurkan rasa sakit di hati bio-bioNIK dan WAN-WAN(dermawan, hartawan, sasterawan, negarawan, wirawan dll) itu tadi.

No comments: