Saturday, October 20, 2012

Integrasi Nasional


Masa kecil-kecil dulu kalau buka radio sampai-sampaikan saya perasan hari-hari mesti ada kiriman dari Sabah, Sarawak. Ketika itu saya tinggal di Muar Johor. Saya jadi sakit hati sebab kiriman dari radio Johor tidaklah tiap-tiap hari. Saya taklah take note hari apa. Menyampah betul bila radio RTM Angkasapuri bercakap dengan DJ Radio sana. Saya marah kenapa RTM asyik sangat nak expose orang sana. Eish. Itu cerita budak-budak kecik. Manala dia tau pasal program dan agenda kerajaan. Agenda Intergrasi Nasional. Manalah dia tau pasal masa tu…kira macam semenanjung – Sabah & Sarawak macam orang baru lepas nikah dan masih dalam proses adaptasi-serasi. Yang dia tahu kalu Sabah & Sarawak tiap-tiap hari Johor kena tiap-tiap hari juga. Negeri lain tak tiap-tiap hari tak pe. Macamlah ada orang nak tujukan lagu untuk dia, kan.

Bukan nak  mengampu pasal agenda kerajaan yang telah menelan banyak duit rakyat, tapi apake jadah jadi tak jadi, apa KPInya, menepati sasaran ka tidak, saja nak cerita mengumpat pasal hati. Hati yang berperang. Mengumpat pasal oranglah. Orang aje jahat, saya baik. Maksum.

Ceritanya macam ini. Cerita sambung dari semalam tu akcelinya. Pasal senior staff yang ka Sarawak. Dia ke sana nak lawat anaknya yang ditimpa kemalangan jalan –raya. Masuk wad. Sebab Sibu tak ada kemudahan, terpaksalah ditempatkan ke Kuching. Anaknya tentera. Punyala baik mat-mat tiarap bujang Kuching ni, mereka sanggup kosongkan satu kuarters duduk share-share sesama bujang, bagi membolehkan keluarga pasangan kelamin yang ditimpa malang itu tinggal di situ, buat sementara waktu. Punyalah mereka sangat baik dan ambil berat. Bawa tilam, bawa bantal bagi mengurangkan ketidakselesaan tetamu yang datang dari jauh.

Hmm kalu aku kat sini, aku tonyoh aje mereka ke hotel bajet. Ha ha ha…. Tak de deh aku nak bersusah-payah melayan orang yang datang. No No No saya tidaklah sejahat itu, tapi kalau saya tau apa yang dicakap-cakap pasal saya balik belakang memang itulah yang saya akan buat. Buat apa kita nak terhegeh-hegeh layan dia. Balik belakang dia kata mencuragai keikhlasan hati kita, kononnya kita ada black hidden agenda yang ntah apa-apa tah. Kecik ati kita tau!

Sebenarnya ceritanya simple. Dia tak mau berjauhan dari anaknya. Tapi dia ego nak mengaku yang dia tak sanggup berjauhan sebegitu. Apatah lagi dalam keadaan anaknya yang patah sana-sini. Hatinya pecah-seribu. Kalau boleh mau bawa terbang segera masuk ke hospital besar Melaka.  Memang pun itulah yang sedang diusahakan. Si anak pula ntah-ntah mengelinjang dapat jauh dari his watchfull mother’s eyes.
Apakah mamat-mamat-tiarap yang baik hati ada hidden agenda? Ntahlah…mungkin. Kalau ada pun nak ngorat si adik yang comel lote itulah. Apalah jahat yang ada pada hati orang lelaki ya. Ntahlah. Atau sebab kedua-dua pasangan yang baru bernikah itu charming, kalu boleh biarlah mereka terus lama-lama sikit duduk Sibu, tak payahlah nak bersegera-segera minta balik semenanjung dulu. Intergrasi Nasionallah katakan.

Tapi tu lah, apa kata ibu? Ibu mana yang sanggup pisah dengan anak-anak? Kadang-kadang tu untuk menjayakan agenda Nasional, perasaan kenalah dikorbankan. Tapi adakah selama ini orang yang merangka agenda-agenda ini sedar akan pengorbanan yang telah dilakukan? Bukan minta balasan, tapi orang kata bila dah duduk kat atas tu, pandang-pandanglah ke bawah. Kita tak minta banyak, perangai/peel tu biarla molek-molek sikit. 

No comments: