Thursday, February 23, 2012

POLiGAMi


Abang-abang FB, baik geng SAMURA, mau pun abang-abang biasa sibuk mengusulkan poligami dalam mendepani  nisbah lelaki yang dah berkurang dari perempuan. Bila cerita pasal bab ini, macam depa ni tak berempati dengan perasaan pasangan sendiri, atau saya bersangka baik yang pasangan mereka sangat wara’ lagi tinggi makam, kesiankan anak-anak dara tua yang berjawatan ini dan berhajat mau berkongsi kasih dengan mereka yang kurang bernasib baik ini.

Saya berbaik sangka aje, tidak mustahil melalui tarbiyah dan pendidikan yang tinggi, menghasilkan wanita-wanita syumul yang suka ntah-ntah menasihati suami sendiri untuk meuar-uarkan poligami sebagai penyelesaian kepada isu anak dara tua yang dikata semakin ramai di sebuah negeri di Malaysia ini.

Saya sendiri pada minggu ini merasa amat terkejut bila bos saya tiba-tiba aje bertanya begini
“ko nak kawin Maziah?”
“tak nak, nanti Encik xxx kawinkan saya dengan budak jual ikan kat Pasar Merlimau tu. Busuk. Saya tak nak. Saya nak kawen dengan professor. Hah! kat mana Encik xxx nak cari?”

“Ni hah, timbalan ni ko nak tak?”
Dalam hati saya cakap Encik xxx ini sudah gila agaknya. Nauzubillah. Nasib baik dia tak cakap “aku ni ko nak tak?” kalau dia cakap macam tu, mau makan tempeleng bos saya hari itu.

I think the polygamy proposal is cruel one. If the woman is determined to face her world alone, why bother to force them to share husband? Please don’t get me wrong, I am not against polygamy, tapi persepsi saya, yang rajin/minat nak berpoligami ni biasanya lelaki pemalas waima pinggan sebijik pun dia malas nak hantar ke sinki, apatah lagi membasuhnya. Lain-lain malas ko tok sah cakaplah, agaknya ntah-ntah kalu boleh mandi pun dia malas. Baju tu kalu tak ada bini yang menggosoknyanya, berkeromot2 pun dia tak kisah pakai ke tempat kerja.

Persepsi saya lagi, lelaki kalau dia rajin bela badan dia, bela dia diri, automatically dia juga akan rajin menjaga kecantikan dan keanggunan orang rumah dia dan trust me menjaga kecantikan diri amat memerlukan masa dan sudah tentu dalam sibuk menghensemkan diri dan pasangan, mereka tidak ada masa bercerita pasal orang lain lebih-lebih lagi masalah anak dara tua. Asyik do belek perut bini, pakaikan bengkung bini, agar perut tu tak boyak terlampau. Lepas tu nak pakaikan masker dan facialkan muka bini.

 Lepas dia belek perut bini dia, bini dia plak belek perut dia, muka dia, bla..bla..bla..macam-macamlahkan, kerja yang perlu di buat agar untuk maintain awet muda, kan. Bukan takut tua, tapi Allah itu cantik dan suka sesuatu yang cantik dan tentu Allah suka kalau kita mati dalam keadaan yang jelita dan nampak taklah tua renta BEBENO.

Pendek kata kalu pasangan itu sibuk mencantikkan sesama sendiri, tak de masa nak fikir pasal orang lain. SELFISH ka orang macam ini? Dah dia nak jadi anak dara terlebih umur, biarlah dia, kalau dia angaukan kamu dan  tiap-tiap hari dia datang goda ko itu lain ceritalahkan.

No comments: