Tuesday, February 14, 2012

GOOD Bye Cinta Lama


Sebuah kematian itu mengerikan
Seperti mungkin ngilunya sang pokok
pada mata gergaji  di tangan sipemotong kayu
Namun pabila sudah pasrah dan redha
Terpisah
Segala jadi ringan bak
Kekapas yang dituip angin
..*****
Kita itu kadang-kadang tau, kadang-kadang memang rasa macam ok, tapi sebenarnya tak ok kut. Maksud saya ini membaca benda-benda yang tah apa-apalahkan, bahan-bahan 18 SX, 18 SG. Dalam dunia sastera di Indonesialah 18SX ini dah memang diberi muka dan pengiktirafan.

Kalau di Barat tu bila bual-bicara pasal seni, bogel-bogel itu seni. Kita pun tak taulah apa yang membezakan antara bogel seni dengan bogel porno. Saya bukan ahli seni yang mahir membezakan antara seni dan porno.Dan kita kat Malaysia ini senang aje nak beza seni & Porno, kalau budak U buat, orang-orang besar, ternama, buat itu seni, kalau minah kilang, orang marhaen buat, itu PORNO, ha ha!  Di Malaysia kita ada karya-karya yang pada korang ntahlah ek…. kurang ajar, mungkin.

Dan, tanpa saya sedari mungkin saya simpatatic, suka, merasa takjub, wah hebatnya, wah beraninya, ntah apa-apa rasalahkan yang membuat degupan jantung saya berdenyut dengan laju (teruja), pada karya-karya sebegitu. Dan bila ada kawan menasihati, yang saya dah sukakan perkara yang tak baik, walau cara mereka itu agak keterlaluan, sepatutnyalah saya terima dengan hati terbuka.

Saya bukanlah orang yang pandai dalam bab agama, memangkan, kalau sastera tanpa yang macam-macam shit, Patriarch itu, apalah sastera, lesu. Itu perasan peribadi sayalah, yang mentang-mentang ntah ek, orang kata ko dah tak bule tulis romatik-romantik tu udahlah, nak marah-marah menegakkan benang basah yang tulisan marah-marah dan mencarut-carut 18SX itu seni dan berjuanglah pula nak berebutkan apa-apa yang patut direbutlahkan. Cuba ko diam, bule tak. Terjerit-jeritlah pula kunun kebebasan berkreatif di Malaysia ini dijerut dan sebagainya. Tak bebas. Ada LPFlah, ada KDNlah. Dua badan yang selalu dianggap pengacau dan pembunuh seni. Ini Malaysia memang tak bebas semua, tapi dalam tak bebas itu, masih ke satu tahap ada bebasnya.

Seni mencarut-carut, maki-hamun, bogel-bogel  bukan sejenis seni yang boleh diterima oleh khalayak sini. Mengundang resah khalayak. Jadi apa gunanya diberi bakat mencarut kalau tak boleh mencarut sedangkan mencarut itu senjata dalam perang saraf cyber alaf 21? Itu bukan anugerah, tapi itu ujian tuhan agar tidak terbabas dan berbangga dengan idea mencarut itu baguzzz dalam penulisan, untuk buat ubat peluru bagi membelasah dan membedil musuh jahat yang suka membesar-besarkan cerita atau menyebarkan cerita yang bukan-bukan. Atau sebagai kritik social yang kreatif, segar dan bijak???? Wallahua’lam.

Mungkinlah agaknya ada kebolehan yang patut digilap dan dibentuk, ada yang patut dipendam, disembunyikan agaknya. Umpama wanita jelita yang menyembunyikan wajahnya dibalik penutup muka bagi mengelak berlakunya kekacauan dan fitna.  Namun bila diberikan sesuatu yang orang lain gila mau memilikinya, hati manalah yang kan sabar untuk menyembunyikannya terus. Rasa hati selalu mau menjerit, “hey lihatlah dunia, apa yang aku ada ini.” Itulah dia ujian Tuhan Maha besar agaknya.

No comments: