Friday, November 4, 2011

B'Lakun aje tuh.... GIMMIK


Hari itu ada sorang blogger tu macam marah??? Sedih, saya kira dia sedih, pilu, duka, malankolika bila ada orang suka himpunan sejuta umat di Stadium Shah Alam tidak menepati sasaran. Dia tulislah ada orang suka sebab program tu gagal.

Hari ini, semalam ada sekelompok orang Melayu Islam bikin demo anti seksual merdeka di perkarangan Masjid Negara. Ada orang suka juga sebab demo itu tidak dapat sambutan.  Meh kita baca kesukaan mereka di sini.

Kita tak tau nak cakap apalah eh pasal ini. Saya bukan seorang yang malankolika, saya memang geram, menyampah, sakit hati dengan si malankolika-malankolika especially kalau dia tu lelaki, sikit-sikit nak nangis, nak nagis, tak malu ka, cuba blasah sikit diorang ni.  Tapi hari ini saya rasa saya nak menangis buleh tak? Sebab tak boleh nak blasah, kalau diblasah, ada “abang besar” yang akan tuduh kita bawa imej militant, Taliban, terrorist lah pulak. Tapi kalu monyet2  tu mengelenjit  depan mata saya, memang dah kena libas dengan penumbuk sebuku dah tu. Ko nak kata aku militan, gerila, hah katalah, ko nak heret aku kat mahkamah, hah heretlah, ko ingat aku ni sengkek sangat sampai  tak mampu nak pasang peguam bela?

Budak-budak yang mengejek-ejek pendemo anti seksual merdeka ini, cuba bawa bertenang sikit, waras sikit, otak itu kasi bawa alignment sikit. Mana ada orang orang yang songsang ini sejahtera hidup mereka sampai tua? Cuba tunjuk sikit kat kita. Hukum alam memang begitu, sesuatu yang menyimpang akan ada balasan Tuhan. Janganlah fikir yang Tuhan itu sudah mati. Sudah-sudahlah tu mengejek-ejek orang kolot yang benci murtad, benci seks bebas ini. Tuhan tak pernah mati, tuhan tak pernah tidur.

Tapi kenapa Tuhan tak balas orang yang suka seks bebas ini ye. Sapa kata Tuhan tak balas, itu yang kanser serviks, tu HIV tu apa ke bendanya? Mana kita tau betapa azab kena penyakit macam itu? Tapi orang kata penyakit macam ini penyakit tersembunyi, boleh sorok, boleh blakun, diva, blakun gempak, bule blakun glemer. Slagi bule blakun, blakunlah ye. Dalam internet, tekan-tekan kekunci keyboard bulehlah blakun gempak…real life hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

No comments: