Friday, October 14, 2011

Umm...How I wish


Kalau zaman nabi dulu, orang miskin tapi berilmu macam Saidina Ali memang ok, memang orang respek sebab di zaman itu yang orang tengok ialah ilmu. Masyarakat Islam ketika itu cintakan ilmu melebihi segalanya.

Tapi di Malaysia ini  tak ok kalau kita tak ada kelas, tak ada standard. Mau kelas, mau standard memang kena ada modallah. As if people really look at wat u have, wat you wear then wat you have inside your brain before digesting wat u say. Unless you duduk kat kewangan lepas tu u ugut macam ini “cikgu kena dengar apa saya cakap, kalu tak saya panggil audit, cikgu kena denda langsung tak dapat pencen, nanti macam mana?” No I tak pernah, I don’t need to say like that, muka saya aje dah bikin mereka kecut. 

Mantan tuan PPD sendiri kata macam ini

“awak ni, hantu pun takut kat awak” Alamak??? Iya ker? .

Apa saya merapik ni? Inilah pasal bajulah ni, esok nak pi kenduri kawen, tak de baju barulah pulak. Takkan nak pakai baju pi office yang slalu-slalu kita pakai tukan. Kenapalah saya dirisaukan dengan baju? Kenapa saya susah hati kalu orang kata saya tak ada baju baru? Apa yang saya takut sangat pasal tak ada baju baru, bukankah hantu pun takutkan saya???

When bila dah ramai perempuan, berfesyen2 pula mereka tu. Baju pergi kerja pun macam baju pergi rumah orang kawen, yeah sikit-sikit saya jadi macam ntah, rendah diri, eh tak, rasa macam bertanggungjawablah menjaga agar pahala rakan seofis, saya tak pergi ke akaun saya dek disebabkan apa yang saya pakai, sebab penampilan saya.

Itu hari saya tercuri dengar percakapan macam ini

“dia tu nama aje anak dara, tapi selekeh mengalahkan emak-emak orang”

Tak mereka tak mengumpat saya. Saya pun tak kecik hati pun kalau orang nak cakap saya macam itu, tapi bila la ni orang kata gomen dah nak kasi bonus, naik gaji, memang eish bencilah…. I really wish I kerja jadi Misi atau kerja kilang ada uniform. Or better still I really wish I macam Einstain, tak sikat rambut pun orang tak kata.

Or Einstain tu tinggi sangat, dulukan kat skola ada cikgu matematik tu yang anak murid dia sokmo skor A, cikgu sayalah tu. Memang dia slebet habis, but people can accept it. I wish I can be like him!

…*****

Sejak dua menjak ni saya malas sangat nak merawat muka, nak pergi facial pun, kawan2 saing pergi facial semua dah kawen.  Mak saya dah komplen yang muka saya dah tak macam dulu.

“hai, mak dah tua mestilah dah tak macam dulu”

“ai, ko juga cakap, kawan2 ko dah tua muka cantik lagi. Muka ko tu dah macam dah lama tak kena sental”

“Mak, kawan pergi facial semua dah kawen mak, kawan2 yang tua tapi cantik tu kat KL. Kawan tua kat kampung ni asyik nak memasak, nak menjahit aje”

“ facial, facial juga tapi aku tengok ko punya srub dalam bilik air tu mak tengok tak luak pun”

“How many times do I have to tell you that I wanna be like Einstain yang tak sikat rambut tuh!”

“iya Einstain tu lelaki, kalu berkutu pun kepala dia ada anak dara nak tolong carikan kutu dia, ko tu perempuan, ada jantan nak sental muka ko?, tengok pun tak hingin!”
…*** mohlah tidur esok bangun pagi nak buat facial.

No comments: