Saturday, July 16, 2011

NEMESIS

“Kalau tak suka baca tulisan saya, janganlah baca, banyak lagi blog orang lain boleh baca”
Rungut seorang blogger dalam blognya.

Peminat/pengunjung regular pun memberi komen analisa psiko
“Dia dah jatuh angau kat awak dan dia mengharapkan awak tulis apa yang dia rasa awak patut tulis. Dia mau awak tulis memaki hamun, mencalar imej xoxoxo bukanya oxoxox yang merupakan nemesis kepada xoxoxo. Kalu buleh awak putihkan oxoxox dan hitamkan xoxoxo”

“minta maaflah saya hanya tulis apa yang saya rasa betul. oxoxox tu tak betul macam mana saya tulis juga kata dia betul. Dan bagi xoxoxo pula, saya rasa banyak kali pegawai, jentera, jabatan dia yang kena katuk dengan saya, jadi apa lagi yang dia tak puashati dengan saya. Pegi buat blog sndrilah, cacailah si oxoxox setinggi manapun dia nak cacai”.
Balas sang blogger dengan angkuh sekali

“justeru, melukakan hati pencinta awak sendiri? Maki-hamun-carut awak terhadap oxoxox umpama bilah belati yang menghiris-hiris tangkai jantung hati dia, namun dia gagahkan hati membaca huruf demi huruf tulisan kamu dan berdoa agar awak berubah. Itulah cinta namanya wehhh, Cintakan awak.” Balas peminat/pengunjung regular

“Itu bukan cinta tapi obsessi”

Peminat/penunjung regular tak puas hati dengan jawapan blogger lalu dia forwardkan sebingkis emel yang merayu-rayu agar blogger join parti yang dikepalai oleh oxoxox. Ntah siapa yang mengutus emel itu dan mengapa emel itu ditujukan kepadanya, dia pun tak tau, dia tak kenal dan dia rasa dia bukanlah orang yang selayaknya untuk ambil tahu. Dia cuma percaya penulis emel itu mau dia sampaikan emel itu pada blogger, dan itulah yang dia lakukan setelah agak lama juga emel tersebut diperam begitu sahaja.


Diam….jeda dan akhirnya sang blogger pun mengambil keputusan berhenti memblog.

No comments: