Tuesday, July 5, 2011

Ini macam aahh Give-up looo

Saya rasa majority kawan anti UMNO. Anti-politikus bebal. Bila mereka itu genius, doktor ada, engineer ada, akauntan ada, semua masa skola pakat-pakat pulun A+++ blaka, surely mereka akan rasa ala Najib tu sapa, Rosma tu sapa. Ya most of them believe Najib skola kat England tak habis, ada yang berani kata tak lulus pun pasal asyik dok kepit awek omputeh. Apak ia mati, ia kelik sini, kena kawen anak kerabat, (tapi sebab dia memang dasar lelaki buaya lagi tak senonoh jadi tak leh ngam dengan pempuan bebaik, ceraikan perempuan baik, bijak, pandai, dari keluarga terhormat, dia pi amik bini orang yang sama jahat macam dia juga bernama Rosma), Masuk politik jadi orang politik besar hingga hari ini jadi PM.

You see slamanya mereka memandang pemimpin UMNO itu orang bodoh, waima Tun M yang blajar Medic pun bodoh juga sebab lulus takat doktor sakit kulit, doktor kurap aje. Lainlah Wan Azizah yang mereka percaya lulus doktor kat oversea sampai boleh belah otak orang.

So satu hari tu saya bawalah artikel nak nunjuk kawan genius saya ni yang Ambiga ni bukannya betul sangat pun. Saya tak komen apa-apa saya suruh dia baca aje, sebab dia memang ghairah sangat dengan Ambiga Bersih dan percaya yang electoral list kita kotor, SPR kotor, padahal dia sndri pun kije gomen tuh. Tapi dia sndri memandang rendah kredibiliti SPR yang dia percaya tidak ada kredibiliti langsung, kotor sebab boleh dimanupulasi oleh orang politik gitu-gitu aje.

Stelah baca dia cakap, “Persoalannya skarang maukah Najib terima undang-undang syariah?” saya terkedu. Saya termati hujah sebab saya tidak bersedia dengan hujahnya yang wah sesuatu yang barulah saya kira tuh. Kita cakap pasal Ambiga dan pandangan Ambiga tentang undang-undang syariah. Apa pasal masuk Najib. Saya patut cakap “If there is a chance Lim Kit Siang, Karpal Singh will embrace Syariah Law why not Najib, bukankah setiap insan itu ada potensi untuk jadi positif?”Tapi saya terlalu terkedu untuk memulangkan paku buah keras. Allah tak mau saya asyik menang aje agaknya sekali-skala kasilah kawan menang plak biar saya plak yang terkedu, terduduk habis.

Saya membuat kesimpulan yang kawan saya ini memang sangat percaya yang Najib tak buleh terima undang-undang Islam. UMNO tak boleh terima. Dalam ertikata lain, orang-orang UMNO terlalu angkuh, sombong atau ditadir-karmakan lahir ke muka bumi ini terencat akal sebab tok nenek mereka banyak sangat curi tulang, berat tulang, makan duit haram sampai keturunannya semua dungu/bodoh, bejat dan beku otak mereka untuk menerima perubahan dan pembaharuan. No point trying to make them see, as human can only see wat they want to see. This fellow cannot see UMNO boleh jadi cerdik, boleh jadi pandai, boleh jadi terbuka untuk membuang apa-apa yang British dan menerima pakai Islam secara total.

Selang beberapa hari, Najib merasmikan perhimpunan peguam-peguam Syarie. Memang kedapatan kelemahan dipihak pengamal undang-undang syarie yang di”highlight”kan. Salah satu yang saya ingat ialah khidmat guaman yang tidak munasabah. Dalam bahasa kasarnya Peguam Islam apa ini yang kerjanya mencekik darah? Bila sebut syariah kita terfikir undang2 berkaitan dengan nikah-kawen aje. Atau hudud yang memang telah termaktub dalam Quran. Bagaimana pula dengan takzir, undang2 yang memberi jalan penyelesaian kepada kebijaksanaan pemerintah? Bagaimana pula jual beli, kontrak perniagaan, perjanjian dan sebagainya? Ia patut diperluaskan lagi.

Saya melihatnya begini sebenarnya…kalu belum boleh lagi undang-undang syariah, masih Islamofobia (Ambiga tentu mencebik-cebik, “eleh Islam hapa kebendanya? You alls lagi materialistik dari kawan-kawan civil aku yang akan bagi khidmat percuma pada orang2 yang kena tangkap polis masa Sabtu ini nanti. Chet poda Chi, hark ptuii ada ati plak nak ganti undang2 yang ada kunun) masih takut kena potong tangan, kena rejam dengan batu sampai mati, apakata kita kaji undang natives seperti, adat perpatih, adat temenggong, adat dari Cina sana, dari India sana, juga dari Native Sabah Sarawak sana. Kita yang sudah merdeka lama ini patut kreatif menggubal/mencipta undang-undang yang padan dengan kita sendiri bukan yang diceduk, diambil dari English Common Law.

‘…******

Kalu berpeluang jumpa Ambiga saya nak tanya satu aje. Budak India dulu, saing2 zaman Mathama Ghandi dulu, kalu tak nikah, buat perkara macam orang dah nikah, apa hukuman mereka?

Saya percaya Kaum India ada hukuman untuk pelaku zina. Cuma kita slalu rasa, “ah tak pe Cina India bersekedudukan tanpa nikah tak apa, tak ada hukuman sebab mereka bukan Islam” Kita saja yang rasa bangsa Cina dan India itu asal-asal lagi dah menganut undang-undang sivil yang membenarkan persetubuhan lelaki wanita tanpa nikah atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Dan kini mereka sedang berpakat memansuhkan undang-undang yang menyekat lelaki-lelaki, perempuan-perempuan bersetubuh sesama mereka secara bebas asal sama-sama suka, sama-sama rela.

No comments: