Thursday, May 26, 2011

Kicauan blogsfera

Secukupnya

i
Di perdu kalbu
ada rindu ribu-ribu,
pada kata-kata
ada cinta juta-juta.

ii
Bila tulus tiada
cinta lupus sirna
kata bertukar nista
duka membakar luka.

Nah, rindu seribu
berserak seperti debu.

iii
Kalau begitu
berikan aku,
rindu secubit
cinta secebis
biar sedikit
asal tak habis.

Hanya itu,
ngam-ngam.

I was asked by my buddy for some legal advice, even though I’m not a lawyer. Pasal apa?, ntah bebudak trend sekarang gaduh-gaduh, stalk-menyestalk..fitna-memfitna. Budaya generasi Y ka? X ka? budaya anak-anak cyberlah tu. Sapa yang ngajar bebudak ni dah bergaduh-gaduh kat internet ni? Ntahlah hadalah cikgunya tuh. Ntah-ntah yang menulis puisi kat hatas tu le cikgunya idak??? Acah aje, idaklah ia ada sapa-sapa cikgu yang ngajornya. Dia pandai sendiri.

Memang adat sesetengah insan yang suka meluahkan perasaan, menenangkan perasaan dengan menulis. Macam ada orang tenangkan perasaan dengan nikotin dan alkohollah tu kut. Macam juga orang tenangkan perasaan dengan beristigfar, berselawat dan berzikir. Dah tabiat kita yang suka menulis tu, kita capai pen dan kertas, kita tulis. Lepas tu kita, kroyok2 buang dalam bakul sampah, tak sapa yang tahu hati kita yang sudah terkeroyok macam kertas yang dah dibakul sampahkan itu. Lama-lama hati pun baik sndri. La ni ha tulis kat internet, tuleh dalam blog, kecoh, riuh, berkicau-kicaulah satu alam maya dibuatnya kan dek krana kesukaan dan tabiat kita yang satu itu…

Kalu tak bercyber pun, manusia kalu berpisah memang kita tengok memang tonggang langgang. Tengok aje Abi Abadi dengan Norman Hakim. Payah tu kalu dah tak bersama semua boleh cool & ok. Satu perkara yang amat menduka citakan. Satu perkara yang amat tidak wajar juga. Bagemana seseorang itu tega mencaci cerca insan yang pernah disayangi dan disangjung tinggi satu ketika dulu. Satu perkara yang memusykilkan saya hingga kini.

Hati saya akan rasa sangat terhiris-hiris bila baca, mendengar pasal benda-benda busuk yang keluar dari orang yang satu ketika dulu amat rapat, dengan diri yang mencaci-cerca itu. Tapi itulah dia resam dunia ketika ini. Dah macam trend atau budaya. Kalu kat barat tu, sampai turun naik mahkamah, keluar-keluar perintah mahkamah gitu. Who’s that girl??? Lindsay Lohan?? He he. Sekadar mengambil contoh.

Namun hati hanya boleh berdoa agar kita tidak diuji macam Tuhan menguji Lindsay Lohan dan Abi Abadi. Nauzubillah.

No comments: