Thursday, February 17, 2011

Cerita Budak & Cikgu

Dulu orang kalu antar anak belajar siap pesan sama cikgu, “cikgu nak buat apa kat anak saya buatlah, janji dia pandai” terkadang sebab nak ngajar itu mak-bapak tak kisah jika guru menggunakan sedikit kekerasan terhadap anak mereka.

Mak bapak pun samalah juga. Saya sendiri pun memang selalu juga “kena” baik “kena” secara fizikal mau pun verbal. Nak kata nakal tak juga, tapi mak saya kata kelilit, ralit, asyik. Kalau suruh apa-apa lambat nak gerak. Pemalas??? Iya saya memang malas tolong nak saya dalam bab-bab kerja rumah ini, suka saya ialah kalau tak melukis menonton tv dan main pondok-pondok dengan sepupu-sepupu saya. Kalau melukis tu cantik tak apalah juga, masalahnya tak cantik. Pendek kata saya memang tak ada bakat melukislah, tapi suka sangat melukis ntah-apa-apa tah.

Kat sekolah saya tidak menghadapi masalah yang besar sebab dalam bab belajar saya cepat pula faham. Tapi pada mak kita orang perempuan orang tak tengok pasal pencapaian kita di sekolah. Yang orang tengok ialah kecekapan kita mengurus rumah dan yang penting mentatarias diri kita agar cantik dan sedap dipandang mereka dan berlawanan jenis agar cepat kita dapat jodoh. Tak guna kerja bagus-bagus tapi tak ada orang lelaki nak ambil buat isteri.

Berbalik pasal sekolah, terbalik pula dengan perangai di rumah. Saya tidak memeningkan kepala cikgu-cikgu saya. Bagi yang suka peningkan kepala cikgu memang “siap” ko. Sungguh saya tak peningkan kepala cikgu pun ada juga kena berdiri atas kerusi, kena rotan, tok sah cakaplahkan. Memang nakallah…berborak dengan rakan sekelas, bising, pantang cikgu pergi tandas lama sikitlahkan, kelas itu kita dah buat macam “pesta”, terlupa bawa buku, tak hafal sifir, semua-semua itu membuatkan kita kena denda. Tapi kita tak pernah pula nak melawan cikgu kita dan kata cikgu kita sebenarnya tak layak jadi cikgu.

Berlainan dengan hari ini, cikgu tak boleh buat sesuka hati. Penasihat undang-undang cikgu memang selalu nasihatkan cikgu tentang the do & don’t masa mengajar. Masa dalam bilik darjah memang orang kata jeling pun kalau anak murid itu ada asas, locus standi yang kukuh untuk bawa kes itu kemahkamah, cikgu boleh dikenakan hukuman atas dasar mendera murid secara emosi. Apatahlagi jenis penderaan emosi yang dipanggil verbal abuse.

Cerita yang saya nak kongsi pada hari ini ialah pasal verbal abuse bukan dalam bilik darjah tapi dalam blog. Adalah cerita dari negeri antah berantah. Taklah di Amerika sana. Kalu kat sini verbal abuse itu salah semasa waktu berkerja, cikgu ini meluahkan rasa marah di dalam blog. Kira release tensionlah gitu. Cikgu ini mengandung, jadi orang kata bahasa dia pun ada sikit “baik” sana. Kira dia mengumpat anak murid dialah. Dan ramailah orang setuju dengan cikgu tadi budak-budak sekarang di amerika memang jahat, kecik-kecik dah pandai cerita pasal dadah, malas belajar tapi kalu dapat gred rendah dah pandai marah kata cikgu tak tau mengajarlah pula.

Pendek cerita tak taulah ntah budak tu ka, emak-bapak budak-budak tu ka tak puas hati pasal blog cikgu ni tadi, lalu mereka dah pakat-pakat suruh cikgu ni tutup blog tersebut dan dengar khabarnya cikgu tadi akan diberhentikan kerja sebab “verbal abuse” yang digunakan semasa memblog menjadikan cikgu tadi tak layak jadi cikgu. Ntahlah apa-apalah. Ya ya ya cikgu sepatut mendidik dengan kasih dan adalah tidak layaklah orang itu bergelar cikgu kalau dia pandai guna “verbal abuse” seperti “bodoh, pemalas, jahat bla-bla-bla” perkataan yang menghina dan merendah-rendahkan murid adalah tidak wajar berada dalam perbendaharaan kata seorang guru.

Itulah cerita dunia pendidikan pada hari ini. Cikgu tak boleh marah. Dulu pula mak-bapak suruh marah biar pandai. Hari ini kalau marah akan jadi bodoh. Saya teringat satu cerita yang kununnya sebatang pokok boleh kita tumbangkan hanya dengan memaki-hamun pokok tersebut. Kunun budak-budak tu pokoklah gitu, kalau marah sangat nanti dia boleh mati. Ntahlah eh. Kadang tu memang ada jenis budak yang ntahlah nak cakap apa. Hati kita akan berkata, kalau dibiarkan macam ini dah besar besuk apa ko mau jadi…bule jadi orang ka engko ini? Kalau dulu untuk menjadikan budak macam ini menjadi “orang” mak ayah, cikgu, kita boleh guna kekerasan. Hari ini tidak boleh begitu. Melanggar hak asasi kata mereka. Violated their right.

No comments: