Friday, February 18, 2011

Kerana Pulut

Dalam dunia moden ini banyak sangat abused. Abused is dalam bahasa Melayu kalu tak salah saya orang ganti dengan penyalahgunaan. Jadi kalu Child abused, penyalahgunaan kanak-kanak, kalau drug abused, verbal abused. Berkaitan dengan penyalah gunaan. Orang yang melakukan aktiviti penyalah gunaan ini kita panggil abuser, penyalah guna.

Ntri lepas kita dah cakap pasal verbal abused. Anda pernah kena marah? Orang barat kata kalu kita selalu kena marah, kita akan membesar menjadi orang yg ntah apatah…suka marah-marah??? very good at personal insult??? Orang barat memang banyak pakar termasuklah pakar penjagaan kanak-kanak. Early childhood development bla-bla-bla. Mereka boleh hasilkan beribu-ribu, berjuta, berbillion patah perkataan pasal penjagaan kanak-kanak. Buku-buku tersebut larislah pula macam pisang goreng, penulis-penulisnya jadi sangat terkenal sampai buleh keluar TV. Yang tak pandai menulis masuk TV reality showlah pula.

Kalu dalam bab buat duit, buat nama orang barat memang creative, dan kita plak suka plak tonton program ntah apa tah “The Nanny”. Bentuk penulisan, cerita yang menjurus kepada make over, dari teruk kepada baik memang sangat orang suka. Cerita macam ini sememangnya tidak menyinggung sangat perasaan keculilah orang itu jenis yang sangat skeptical tahap gaban, ia dia akan menyampah. Aik, macam malaikatlah pula si Nanny ni, duduk seminggu habis budak nakal jadi baik. Tapi idaklah dia berpicket gulek-gulek tunjuk perasaan, marah-marah pasal program reality ini. Belum lagilah dalam dunia ini ada persatuan skeptical ka hapa ka, macam persatuan green peace gitu sangat cintakan alam sekitar dan sanggup bogel-bogel demi menyatakan cinta mereka terhadap alam. Belum-belum ada lagi, sebab belum ada orang mati sebab tonton program reality show.

Orang kata parenting is trial and error. Saya datang dari kampung yang orang kata, bukan dengan emak dan neneknya haje yang garang, dengan jiran-jirang skali garang, memang kena marah kalau berperangai tak senonoh dan kalu kita ada monitoring device yang buleh bunyi tuut tuuut (sensor) tiap patah perkataan yang dikeluarkan itu memang kira memang selalu banyak kena marahlah. Saya yang teachers pet ini pun akan kena marah, tak kena marah kat skola kena marah kat rumah.Apakah yang menjadi kesalahan saya, sehingga kena marah? Kesalahan terbesar saya ialah tidak pandai bersolek.

Ok berbalik pasal teori orang barat yang kata kalau semasa kecilnya kita membesar dengan verbal abuse, kita pun akan jadi dewasa yang abusive. Iyalah tu sebab saya selalu kena marah saya pun dulu-dulu tu jadi pemarah. Sapa pula yang saya marah, tentulah budak-budak lelaki. Sebab saya kena marah pun pasal mereka. Pasal mereka suka perempuan yang pandai berdandan kita yang tak minat berdandan ini kena marah. I feel ok marah them. Lagi pun masa zaman-zaman saya skola dulu girls tak geng dengan guys. Girls yang suka marah boys is a good girls whereas girls yang sayang boys is consider a bad girls. Itu cerita dululah tu. Skola SAB (Sultan Abu Bakar Girls School aka Skola Anak Babi) bermusuh dengan skola Sultan Ismail. I don’t remember wat is that short form for the boys school but when they bergaduh, the girls will shout back Skola Anak Iblis.

Jadi mulai sekarang, saya mau bermulut manis-manis aje baik pada orang lelaki, mau pun budak kecik, mau pun budak-budak muda yang pada pandangan saya getek tahap memang nak kena “tegur”. Saya nak buktikan pada minah-minah salleh tu, bahawa cara pendidikan kita yang kekampungan bukan faktor kita membesar sebagai dewasa yang abusive. Iya kita nak tengok bagaimana anak-anak yang dilayan macam putera-puteri tu esok macam mana kerenah dan gelagat mereka esok. Iya budak-budak ini jaman kalu mengenangkan “mulut” dia memang ada yang dah kena keti dan tampo dah. Seriusly dulu saya memang ada menampar seorang sepupu saya. Iya geram aku dengan mulut dia tu. Tapi buat kata pakar dari barat tu pun child abuse is an offense. Kat sana pun ada orang dah nak kena buang kerja pasal guna perkataan pemalas pada kanak-kanak mereka.

Jangan bisuk bila kita bermanis mulut dikatanya pulak kita “pepat di luar, runcing di dalam”. Cakap salah tak cakap salah. Apa pun patut ambil contoh sahabat nabi yang masukkan batu dalam mulut dia. Bukannya apa kita tak mau hilang mata pencarian dek kerana mulut. Periuk nasik kena jaga ma…

Thursday, February 17, 2011

Cerita Budak & Cikgu

Dulu orang kalu antar anak belajar siap pesan sama cikgu, “cikgu nak buat apa kat anak saya buatlah, janji dia pandai” terkadang sebab nak ngajar itu mak-bapak tak kisah jika guru menggunakan sedikit kekerasan terhadap anak mereka.

Mak bapak pun samalah juga. Saya sendiri pun memang selalu juga “kena” baik “kena” secara fizikal mau pun verbal. Nak kata nakal tak juga, tapi mak saya kata kelilit, ralit, asyik. Kalau suruh apa-apa lambat nak gerak. Pemalas??? Iya saya memang malas tolong nak saya dalam bab-bab kerja rumah ini, suka saya ialah kalau tak melukis menonton tv dan main pondok-pondok dengan sepupu-sepupu saya. Kalau melukis tu cantik tak apalah juga, masalahnya tak cantik. Pendek kata saya memang tak ada bakat melukislah, tapi suka sangat melukis ntah-apa-apa tah.

Kat sekolah saya tidak menghadapi masalah yang besar sebab dalam bab belajar saya cepat pula faham. Tapi pada mak kita orang perempuan orang tak tengok pasal pencapaian kita di sekolah. Yang orang tengok ialah kecekapan kita mengurus rumah dan yang penting mentatarias diri kita agar cantik dan sedap dipandang mereka dan berlawanan jenis agar cepat kita dapat jodoh. Tak guna kerja bagus-bagus tapi tak ada orang lelaki nak ambil buat isteri.

Berbalik pasal sekolah, terbalik pula dengan perangai di rumah. Saya tidak memeningkan kepala cikgu-cikgu saya. Bagi yang suka peningkan kepala cikgu memang “siap” ko. Sungguh saya tak peningkan kepala cikgu pun ada juga kena berdiri atas kerusi, kena rotan, tok sah cakaplahkan. Memang nakallah…berborak dengan rakan sekelas, bising, pantang cikgu pergi tandas lama sikitlahkan, kelas itu kita dah buat macam “pesta”, terlupa bawa buku, tak hafal sifir, semua-semua itu membuatkan kita kena denda. Tapi kita tak pernah pula nak melawan cikgu kita dan kata cikgu kita sebenarnya tak layak jadi cikgu.

Berlainan dengan hari ini, cikgu tak boleh buat sesuka hati. Penasihat undang-undang cikgu memang selalu nasihatkan cikgu tentang the do & don’t masa mengajar. Masa dalam bilik darjah memang orang kata jeling pun kalau anak murid itu ada asas, locus standi yang kukuh untuk bawa kes itu kemahkamah, cikgu boleh dikenakan hukuman atas dasar mendera murid secara emosi. Apatahlagi jenis penderaan emosi yang dipanggil verbal abuse.

Cerita yang saya nak kongsi pada hari ini ialah pasal verbal abuse bukan dalam bilik darjah tapi dalam blog. Adalah cerita dari negeri antah berantah. Taklah di Amerika sana. Kalu kat sini verbal abuse itu salah semasa waktu berkerja, cikgu ini meluahkan rasa marah di dalam blog. Kira release tensionlah gitu. Cikgu ini mengandung, jadi orang kata bahasa dia pun ada sikit “baik” sana. Kira dia mengumpat anak murid dialah. Dan ramailah orang setuju dengan cikgu tadi budak-budak sekarang di amerika memang jahat, kecik-kecik dah pandai cerita pasal dadah, malas belajar tapi kalu dapat gred rendah dah pandai marah kata cikgu tak tau mengajarlah pula.

Pendek cerita tak taulah ntah budak tu ka, emak-bapak budak-budak tu ka tak puas hati pasal blog cikgu ni tadi, lalu mereka dah pakat-pakat suruh cikgu ni tutup blog tersebut dan dengar khabarnya cikgu tadi akan diberhentikan kerja sebab “verbal abuse” yang digunakan semasa memblog menjadikan cikgu tadi tak layak jadi cikgu. Ntahlah apa-apalah. Ya ya ya cikgu sepatut mendidik dengan kasih dan adalah tidak layaklah orang itu bergelar cikgu kalau dia pandai guna “verbal abuse” seperti “bodoh, pemalas, jahat bla-bla-bla” perkataan yang menghina dan merendah-rendahkan murid adalah tidak wajar berada dalam perbendaharaan kata seorang guru.

Itulah cerita dunia pendidikan pada hari ini. Cikgu tak boleh marah. Dulu pula mak-bapak suruh marah biar pandai. Hari ini kalau marah akan jadi bodoh. Saya teringat satu cerita yang kununnya sebatang pokok boleh kita tumbangkan hanya dengan memaki-hamun pokok tersebut. Kunun budak-budak tu pokoklah gitu, kalau marah sangat nanti dia boleh mati. Ntahlah eh. Kadang tu memang ada jenis budak yang ntahlah nak cakap apa. Hati kita akan berkata, kalau dibiarkan macam ini dah besar besuk apa ko mau jadi…bule jadi orang ka engko ini? Kalau dulu untuk menjadikan budak macam ini menjadi “orang” mak ayah, cikgu, kita boleh guna kekerasan. Hari ini tidak boleh begitu. Melanggar hak asasi kata mereka. Violated their right.

Wednesday, February 16, 2011

HAPPY POST VALENTINE DAY

(Semoga pendek umurnya)

Ramai blogger pro-establishment, pro-UMNO yang meramalkan PKR akan mengalami nasib seperti Semangat-46 tidak lama lagi. YB Zulkiflee yang merupakan ahli PKR sendiri tapi la ni dah keluar sebab gaduh kecewa dengan ntah sapa…kak Wan??? Yang meramalkan sedemikian.

Ramailah orang marah dan memaki sumpah seranah mendoakan YB Zul dan yang mereka-mereka yang cakap PKR akan jadi Semangat 46 cepat mampus. Harus diingat, blog-blogger ini yang meramalkan jangka-hayat PKR yang pendek ramai juga yang mengaku mereka bekas reformis yang pernah berjuang bermati-matian bersama-sama Kak Wan dan Anwar. Kira kawan-kawan YB Zullah tu.

Jadi saya fikir bila mana mereka cakap macam itu sebenarnya samalah seperti exMufti Perlis cakap tak mustahil fenomena yang melanda bumi di Mesir dan Tunisia akan berlaku di Malaysia. Maka ramailah juga orang-orang yang marah mengata dia wahabi dan ntah apa-apa tah lagi. Sedangkan pada perkiraan saya ia tak lebih sebagai macam ungkapan emak-emak dan nenek-nenek kita yang marah kita masa kecil-kecil dulu “orang malas nak pergi sekolah, malas nak pergi mengaji akan bodoh, akan hidup melarat” atau ungkapan nenek-nenek dan emak-emak zaman kini “pergilah engkau merempit kalau dah rasa umur itu panjang sangat” Adakah nenek dan emak kita benci dan mengharapkan benda buruk pada kita bila dia cakap macam itu?

Samalah juga seperti exMufti dan exReformis yang mengata umur kuasa, umur parti politik Negara ini akan pendek jika pemimpinnya tidak akur akan aspirasi rakyat. Jika sekiranya mereka turun ke bawah dan mendengar disertai dengan apa-apa juga bentuk tindakan yang patut, tak akan orang yang meramalkan keburukan dan kebinasaan mana-mana pihak. Adakah orang yang meramalkan keburukan pada kita itu memang sememangnya mau dan suka lihat kalau anda binasa?

Benda yang mereka cakap itu betul apa? Kenapa tak dengar dan buat? Kenapa mau marah-marah? Kenapa marah, sebabnya marah itu lebih mudah dari memperbetulkan apa yang ditegur. Marah itu lebih mudah dari berubah.

Monday, February 7, 2011

Diary lip-lap-lip-lap

Walaupun dia baru berusia tiga tahun, saya dapat lihat dia memiliki IQ yang baik. Melihat kanak-kanak cerdas memang memberikan kesan emosi yang nyaman seperti melihat embun pagi yang menyenangkan, seperti melihat kuntuman bunga yang mengerna pelbagai warna. Apatahlagi kederdasan itu datang dari anak perempuan yang sangat lucu dan comel. I don’t like boys. Not because saya benci lelaki, tapi if boys ko tak boleh merapik-meraban perabih duit belikan/bikinkan accessory yang sama naik merapik-meraban berlabuci, bermanik, berjuntai sana sini baik pada baju mau pun di kepala. Oklah correction, I prefer girls sebab girls bule teman shopping manik dan labuci. Memang ada boys yang suka menjahit dan kraftangan, tapi saya tak mau dituduh merosakkan bakal2 pejuang bangsa, pemimpin Negara. Biarlah boys pergi berjemur kat padang bola atau pi main tembak-tembak, askar-askar.

Ok berbalik pasal anak 3 tahun tadi, saya percaya kalau diasuh dengan bersungguh-sungguh dia akan boleh mengenal huruf sebelum masuk tadika dan saya menjangkakan, tidak mustahil dia boleh khatam Al Quran sebelum mencapai akhil baligh. Almaklumlah anak perempuan sekarang ini cepat matang. Seawal 9 tahun pun ada yang sudah matang organ reproductive mereka.

Namun saya tidak meletakkan apa-apa ekspektasi terhadap anak ini. Ya ya ya dia sangat comel. Saya mencuit perutnya yang sedikit gendut mengajak dia mengaji pada keesokkan hari (means hari ini) bila dia dapat menyebut huruf tha dengan jayanya. Saya tak pasti dia akan datang, mungkin tak datang, yang pasti saya tak pasti saya akan setia menunggu dia setiap petang untuk diajar akan huruf demi huruf hijaiyah yang selanjutnya. Dia mesti datang punya, sayalah yang tiada kelak jika dia datang. Itu pasal saya tidak meletakkan apa-apa ekspektasi terhadap dia walau saya yakin banget dia ada potensi untuk Khatam Al Quran sebelum memasuki alam baligh.

Bersambung esok…

Oh mock exam question, ala tak payahla heh….lupakan saja sebab kini saya dalam mood labuci yang berlip-lap…almaklumlahkan orang lagi sikit hari lagi nak mendeka nihhh dah malas nak fikir pasal law-law-law ni.