Monday, January 24, 2011

Akibat Gemuk

Semalam saya menyelak sikit pasal Amerika yang dah gemuk. Dalam dunia moden, dunia selepas perang Salib dunia selepas Eropah melepasi zaman gelap kita. Alam perniagaan jadi lain, jadi kompleks di mana jika anda berniaga, perniagaan anda dan anda adalah dua entity yang berbeza. Syarikat anda menjadi a corporate body that can sue and be sued under its own name, can have its own property, have a perpetual succession, antaranyalah tu. Maksudnya di sini, bolehlah anda menanggap, Syarikat itu sebagai orang lain yang bukan anda, walau andalah pemegang saham terbesar Syarikat tersebut. Orang baru yang anda lahirkan bila mana SSM keluarkan sijil pendaftaran syarikat.

Pelik tapi benar. Iyalah macam itulah benda pelik yang dicipta oleh English Common Law. Syarikat-syarikat inilah yang kadang itu yang jahat. Macam Perwajakan asyik malas, asyik skandal itu pasal rugi juta-juta. Bukan-bukan-bukan, bukan CEO dia yang malas. Tak, Perwaja yang malas, tapi kuat makan sampai gumuk gitu, sampai Kerajaan kena masuk campur untuk buat liposuction pada Perwaja. Bila kurang gemuk harapannya dapat menarik pelabur baru dan seterusnya berdaya saing dalam pasaran.

Ok berbalik pasal Amerika yang dah gemuk dan yang dah tak cantik lagi tu. Hari ini bila saya buka mail, saya satu lagi kisah yang akan bikin Amerika jadi bertambah-tambah “sakit” rentetan dari tidak mengawal pengeluaran senjatanya sendiri/ tak mengawal berat badan syarikat-syarikat senjata yang ada dalam Amerika macam SSM mengawal berat badan Perwaja. Bila dah keluar senjata bebanyak dan dalam keadaan sekarang orang dah nampak tak ada faedahnya berperang, sudah tentulah senjata sudah tak berapa diperlukan sangat lagi seperti zaman-zaman perangang Vietnam, perang Afganistan, perang Iran-Iraq. Kini cuma tinggal perang Palestin-Zionist aje yang masih belum tamat. Adalah sikit2 Osama Ben Laden, lanun Somalia. Lanun Somalia, tentera Laut Malaysia dah Kawteim dan dengan kepakaran pendakwah-pendawah Malaysia ini sudah tentu Somalia dah tak nak melanun lagi. Iya buat apa nak jadi lanun, kalau boleh kerja lain, masuk frenchise Jambu 88 ka. Jual jambu tepi jalan lagi hensem tau, dari perang-perang, jadi lanun. Modal murah aje. Orang Somalia mesti suka makan Jambu yang sedaplah. Jadi, kalau satu dunia dah pakat-pakat nak berkawan dan memanjangkan salam friendship dengan meniaga, sapalah yang nak pakai senjata Amerika tu? Buat sikit-sikit untuk Zionist dengan orang Palastine aje cukuplah tu.

Cuba anda bayang juga tetiba aje Zionist cakap ala malaslah dah nak bedil Palestine lagi. Penat berperang ni. Dari berperang baik bikin karipap ayam, kueh apam daun rambai, makan pun sodappppp. Anak dara, orang bujang Palestin ni pun ramai yang cerdik-cerdik dan hesmen, lawa, bikin dari dibunuh di bikin menantu ada pekdahnya. Bayangkan ajelah, tapi itu memang tak mungkin akan berlakulahkan. Kalau depa dua berhenti berperang, aduh makin parahlah Amerika, sapa nak boli pistol, senapang ntah apa-apa tah senjata canggih tu? Makin ramailah orang Amerika tak de kerja. Bila tak de kerja, berangan sampai paranoidlah mamat minah kat sana tu. Senjata plak banyak yang dah tak laku, itu yang dok bertembak sesama sendiri tu.

Bila dah tembak rambang, masuk court, lawyer plak kata tak boleh gantung aje dia nih, sebab dia sakit mental, kena masuk wad mental dulu…pergh…aduhai Lawyer, ko ingat ubat sakit mental ini murah ye? Dari diubat baik gantung jah orang yang memang dah sewel lagi dah rosak otaknya. Ko ingat buleh baik ka orang yang macam ini. Memanglah buleh baik, kalau makan obat, kalu esok lusa dah balik rumah sendiri, ko nak antar misi sampai rumah pantau dia makan obat jugeeerrr keeerrr? Namun kalau diberikan hukuman mati pada orang macam ini tak berperikemanusiaanlah pula, kan.

Itulahkan Amerika ini dia sibuk suruh rakyat dia kurus, sepatutnya dia patut lebih sibuk menyuruh mana-mana syarikat yang dah gemuk tu kurus juga. Jangan suruh orang aje kurus, Syarikat pun kena kurus juga, barulah tak double standard. Kalau double standard nanti orang marah, orang dah tak respek, ko cakap pun orang tak moh dengar dah, macamlah doktor gemuk yang suruh, nasihat pesakit dia kuruskan badan…. Macamlah pak imam, ustaz-ustazah yang suruh orang sembahyang, tapi anak dia sendiri jadi penyanyi yang isap dadah. Orang sembahyang ada hisap dadah ka?

No comments: