Monday, December 6, 2010

Kalau tak suka bunuh aje

Saya terpanggil menulis pada hari ini selepas say abaca satu blog tu. Pasal Ku Li yang dah ditarik darjah kebesarannya oleh Sultannya sendiri. Sultan mana satu ahaks, you alls patut tau la ni Kelantan ada 2 Sultan. Yup si Sultan tua itu indeed sudah minta federal court masuk campur dan indeed keputusan Federal Court is in favor of Sultan tua.

Hmm tak kisahlah tu, ini pasal Ku Li yang ditebak2 sebagai kunun-kunun tengah marah pasal bintang darjah kebesarannya ditarik Sultan. Ya ya ya juak-juak UMNO mesti sedang menari kegirangan sebab mengharapkan Ku Li akan naik minyak. Buatnya Ku Li ambil contoh Pak Lah, buat malu jah sapa yang meramal Ku Li akan hangin satu badan dan mengamuk.

Memang ramai kata Abdullah Ahmad Badawi itu penidur dan bodoh, namun saya rasa ntah saya rasalah Pak Lah ikut sunnah nabi, tak melawan dan dia bila Tun M murka dan menghukum Pak Lah kerana join Team ntah A ka B kah. Tak sama team dengan Tunlah tu. Dari jawatan Menteri Pak Lah tak diberi apa-apa pun. Pak Lah tak membantah, berdecit pun tidak. Mungkin kamu kata macam itu sebab kamu rasa Pak Lah diam sebab Pak Lah tak punya kemapuan berfikir yang tinggi untuk membalas dendam.

Mungkin. Tapi katalah Pak Lah itu pembesar/pemimpin PAS, pasti sudah ada buku yang menyanjung dan memuji-muji beliau, mengangkat taraf beliau sebagai pemimpin anugerah, pilihan langit. Beliau akan dipuji sebagai lelaki yang penyabar dan pandai menguruskan kemarahan. Lelaki yang apa ek, lelaki yang ada kuasa, daya dan upaya tapi lebih suka memaaf…macam-macamlah kan. Tak cukup dengan itu pasti ada yang menyelongkar salasilah keturunan Pak Lah, silap hari bulan tak kalau tak dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain pun, keturunan Katurah, isteri no 3 Nabi Ibrahim. Ish, keturunan Fatema Zahra’ tak mungkinlah kut sebab nama Pak Lah tak Syeid, Syeikh, Nik, atau Wan. Tapi sebab Pak Lah orang UMNO, kita kata Pak Lah pondan lagi bodoh.

Apa yang saya merapik meraban nih. Saya cuma nak tulis, woth it ka kalau Ku Li nak mengamuk. Pada saya Ku Li hanya merendahkan kredibiliti beliau kalau nak berlawan dengan anak Sultan yang jahat dan derhaka lagi gila pangkat itu.

Kenapa eh Sultan yang ada hari ini sanggup mendera bapanya sendiri sebab nak jadi Sultan. Tak buleh ka tunggu Ayah dia mangkat dulu? Ala orang macam tu Ku Li, jahat dan busuk macam itu, akan jatuh dengan sendirinya. Tak payahlah Ku Li nak sibuk-sibuk mengamuk. Biar orang lain yang mengamuk. Biar Allah aje yang ajar anak kurang ajar macam Anak Sultan Kelantan yang jahat itu. Tok sah Ku Li tercucuk dengan budak-budak politik yang memang suka tengok orang bergaduh ini. Yang bergaduhnya Melayu, India dengan Cina tepuk tangan.

Perlembagaan kita pun ada, bagi menjamin Sultan dan Raja-raja tidak boleh dijatuhkan dengan sesuka hati. Have faith in it. Ku Li pi solat hajat aje betulkanlah hati mika-mika yang duduk kat kerusi Judiciary dan Legislative tu.. Ku Li nak ngamuk, (take the matter in his own hands) nak wat pe, macam le Negara ni Negara tak ada undang-undang. Tak lama lagi nyahlah Sultan Budak yang, tak sabar tunggu bapak sendiri mati, awat tak bunuh aje bapak tu. Macam dalam felem Ceaser tu. Bunuh bapak sendiri pastu pura-puralah apa-apa yang patut dipura-purakan.

No comments: