Friday, November 12, 2010

My Journey

Saya tidak tak tau kamu semualah, sebab kamu mungkin terdiri dari kalangan orang baik-baik. Saya pun orang macam kamu juga pada mulanya, namun saya fikir Allah mau campakkan saya dalam lingkungan orang yang kita fikir (let me be frank, ahli nerakalahkan). Saya tak nampak macam itu pula Saya lihat kita ini macam telur ayam. Ada gred-gred A, B, C, D,E, kalau kat Tesco Cheng ni Telur gred F pun ada. Telur tetap telur, gred aje yang beza. F ka, E ka, D, C,B, waima A pun kalau cukup tarikh luput tetap kena buang kalau tak ada yang beli. Gred A, mahal sangat tak laku juga kadang tu, kena buang juga. Saya sakit dan saya terus kerja. Agaknya jalan ini yang direncanakan Allah untuk saya.

Saya bersama dengan mereka yang biasa-biasa. Teruk pun ada. Tapi so far-so-ok and the good thing you becoming less judging. Kalau judging sangat nanti, langsung tak ada kawan. Dalam bab tulis menulis ni, the truth is dari kolej lagi saya sudah tau/diberi tau yang saya ada apa ek. Ada “bomb”??? ada something yang big, I can make it big if I give an attention to it. Rebung kecil yang banyak miang??? ha ha ha…May be. Tak kisahlah. Percubaan menulis yang pertama memang teruklah. No, saya tak bermula di blog. Saya bermula di bengkel, jadi memang sudah sedia maklum akan cuaca mendung (keresahan yang bertukar benci) yang menyelubungi sfera susasatera kita.

Orang kata kita tulis jah. Lantak kolah nak kata apa pun. Saya memang ada penggalak dari dari dunia nyata. Itu pasal bila dikritik, diberikan hates mail saya selamba, namun mula memikir dan menilai semula. Saya berbincang dengan penggalak-penggalak dunia nyata saya. Saya fikir balik nak tulis ka tidak. Kalau tulis karang jadi Ayu Utami Malaya ni karang. Sedangkan khalayak sastera kita memang tak mau akan Ayu ini. Frinjan Rojak pun mereka tak mau.

Saya fikir pula pendirian penggalak saya itu. Kenapa? Mau melaga-lagakan saya, mau semua orang bencikan saya, mau saya terus jadi andartu? Adakah lelaki yang nak jadi boyfriend Ayu Utami? Ada ka orang nak kawen dengan Ayu Utami? Oh bukan itu sebabnya saya tidak menurut cadangan penggalak-penggalak saya(walau mula-mula tu, memang itulah saya berhenti menulis di multiply). Namun sebab utama itu ialah saya sudah berkerja. Ada kerjaya. Walau kerjaya saya tidaklah sehebat mana, saya ikut pesan mak, yang kita kalau kerja, jangan suka ubah-ubah kerja.

Mak tak suka orang tukar-tukar kerja. Lagipun tika itu umur saya sudah agak lewat, untuk mengubah haluan kerjaya, jadi baik teruskan aje kerjaya yang telah saya gelumangi sejak awal 20’an saya. Kita kerja biar kecil dan sikit, susah, kena marah, orang benci, kita sakit hati, tak de orang kenal, tapi kita setia dan sabar. Ntah mak, dia macam itu. Dan hari ini saya dapat rasakan keberkatan mengikut cakap emak itu. Orang kata berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Walau mugkin 10, 20 tahun dari sekarang saya tidak sekaya kamu, dan tak ada orang kenal sapa Mardhiah, tapi sekurang-kurangnya akaun pahala saya tidak susut dek umpatan yagn berbunyi sebegini “ Mardhiah anak dara tua tu, tulis ntah apa-apa tah, nak ajak anak dara kita jadi pelacur macam dia jugalah tu.”

Jadi, pasal menulis kreatif tu memang dah tak timbul lagilah. Saya tak moh juga dikeji-keji macam orang membenci dan mengeji Ayu Utami. Kita tak tau pun Ayu itu bagaimana dia sebenarnya, tapi ramailah orang kata dia perempuan tak baik. Yeah yeah mungkin sampai berangankan betapa nikmatnya bergomol dengan Ayu dalam pondok tika hujan turun renyai-renyai, kira perempuan jahatlah tu, pelacur, desprado. Oh, next saya akan copy satu poem dari seorang penulis perempuan aliran firinjan…tunggu…You’ll be surprise if you know kerjaya sebenar dia.

Pada cikgu, bapak yang suka nak tengok saya mengembangkan bakat frinjan yang ada pada saya, cikgu dan bapak terlalu suci untuk menyelami, merasai dan seterusnya faham keresah lelaki-lelaki di luar sana bila membaca karya kami yang polos, jujur dan bersahaja. Cikgu dan bapak yang terlalu banyak menggunakan kepala atas yang berisi otak itu, maka suis kepala bawah cikgu dan bapak di”OFF” tika membaca karya luahan kami yang telanjang dan direct, namun orang-orang di luar sana yang tidak terdidik otak dalam tempurung kepala belah atas mereka, membaca …… (tanda noktah /dot dot dot yang lebih dari satu) pun bisa bikin kepala bawah mereka “ON”.

Akhir kata, saya tak nak jadi penulis, saya nak jadi Akauntan jer. Saya hanya menulis untuk cikgu dan Bapak. So that you guys know that I’m still alive. Those “bala tentera TUHAN” cannot shake me even abit.

2 comments:

JAMILKUCING said...

Cakap je lebih menyalak macam anjing, taraf anda lebih hina dari anjing kurap doooo

Cetusan said...

pesan saya nak baca puisi baca bismillah dulu leh?..satu cadangan jer bukan kritik..
puisi yang khayal khayal akan jadi nyata-nyata..