Saturday, October 16, 2010

Tunggu Mati Dulu

Membaca hujan pagi adalah seperti apa eh ntah…macam baca kisah orang gila? (memang Hujan Pagi cerita pasal wartawan yang terperangkap dalam halusinasi yang panjang) Ya ya ya macam itulah kalu anda sanguine, membaca helai-helaian tinta si malankolika. Ko kata dia gila, dia kata ko gila. Kita saja yang tak gila. Namun semakin kita dewasa kita mula menghargai kerencaman dalam kerekter manusia. Kita mula belajar untuk saling hormat menghormati.

Saya menghormati insan-insan yang jatuh gila gara-gara gagal bercinta seperti Laila & Majnun, walau separuh hati kita berkata ah… alangkah sia-sia hidup yang sebegitu. Membaca Hujan pagi juga menyedarkan saya satu benda, lelaki malankolika mudah mengingat/merindui perlakuan nakal/tak senonoh seorang perempuan ha ha ha. Salahkah/gilakah cinta yang bermukadimahkan berahi?

Hujan pagi walau seronok dibaca tidaklah ada apa-apa sangat yang mengujakan dari sisi intelektual, cuma menyedarkan saya pandangan penulis yang tidak menyebelahi tidak menghukum, sekadar bercerita. Orang kata believe in freedom of speech??? Sebegitulah sepatutnya sikap seorang penulis yang bertaraf sasterawan, bercerita tanpa menetapkan apa-apa hukuman. Namun mutahir ini saya melihat seseorang akan dihantam dengan sangat melampau oleh mereka-mereka yang mengaku pejuang sastera jika mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Contoh kata mereka cinta mesti dimulai dengan perkara-perkara suci seperti membela watan. Selain itu bukanlah sastera bahkan picis lagi lucah yang membawa kemudharatan kepada watan jika tidak disekat dengan undang-undang yang ketat, hukum kerat jari, kerat lidah, mati kena panah petir, kena hempap hujan batu, mayat berkecai terhempas kapal terbang, mungkinnya yeah???

Sasterawan ka macam itu kalau tak berapa pandai, tak berapa mau percaya akan “freedom of speech”. Ya ya ya saya tau dalam Islam tidak ada absolute freedom, sasterawan Islam tidak wajar mengadvokasikan akan hal ini. Mungkin wajar dihukum bunuh sesiapa yang melanggar tahap kebebasan ini, kalau kita ambil kes Ayatollah Iran vs Salman Rushdie dalam penulisan The Satanic Versus.

Sejujurnya saya hanya pembaca sastera yang percaya kepada freedom of speech dan saya sejujurnya agak risau juga jika ntahlah….jika satu hari nanti Malaysia mengeluarkan fatwa bunuh kepada mana-mana penulis yang melanggar peraturan. Itu saja. Saya tak mau Malaysia jadi macam Iran. Saya Anti-Syiah? Taklah juga, cuma saya rasa ntahlah…. Mungkin ini soal kesumat peribadi yang tidak ada kena-mengena langsung dengan syiah atau sunni.

Mungkin juga sebagai penjawat awam yang terdedah dengan hadis-hadis palsu yang dicipta oleh orang Syiah menyebabkan saya tidak suka Syiah. Atau memang sejak dari awal lagi sebagaimana kita dipesan oleh orang tua kita agar berhati-hati dengan kristianisasi, begitulah juga kita sentiasa diingatkan agar waspada dengan Syiah menyebabkan saya berdoa dalam hati “ya Allah janganlah Negara ini jadi macam Iran, kalau nak jadi macam Iran pun nantilah lepas aku mati.”

No comments: