Sunday, October 31, 2010

Paku Dulang Paku Serpih

Kalau nak cari isteri yang betul-betul suci tak pernah kenal lelaki, carilah rekrut-rekrut baru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Majoriti budak-budak kerani ni memang tak pernah berpacaran langsung. Itu tahun awal 2000 dulu masa saya baru masuk kerajaan. Lewat 90’an di Arthur Andersen pun rekrut-rekrut perempuan masih tak ada pacar langsung, waima apa bangsa sekalipun. Kecualilah sorang dua yang dari luar Negara, Australia atau United Kingdom. Walau Andersen itu basenya di Amerika, ntah batch saya tak ada yang pulang dari Amerika.

Persepsi kami tentang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika ialah hmmm apa eh, they do not good enuf for Andersen. Biasa yang belajar di Amerika ni budak-budak JPA. Anak-anak Cina yang kaya lebih suka hantar anak belajar di Australia, atau UK. Bukan nak kata graduan Amerika ni tak bagus, tapi client Andersen yang terdiri dari kelompok elitis berpersepsikan graduan Amerika tidak cukup bagus untuk mengaudit akaun mereka.

Jadi graduan dari manakah yang paling kita pandang paling baik? Tentulah graduan Universiti Malaya. Saya pun memang eish kalau boleh mau memiliki sekeping ijazah dari Universiti Malaya juga. Saya kata kalau boleh, tapi rasanya Open University pun sebenarnya is as good as UM. Persepsi kita aje yang kata UMlah yang terbaik.

Ok berbalik pasal budak-budak perempuan yang tak pernah berdating ini. Berdating, berpacaran bertahun-tahun adalah sesuatu yang tidak bagus atau menadakan yang kamu itu seorang wanita yang rendah akhlak, lagi tidak layak untuk dipanggil ibu. Itu zaman saya dulu-dulu. Pelajar yang berani berpacaran sambil menuntut ilmu adalah pelajar yang gatal lagi keji.

Tapi hari ini sudah terbalik. Sapa yang tak ada pacarlah dan tak pernah berdatinglah yang keji, kolot dan ketinggalan zaman. Bayangkanlah berapa gap waktu yang telah berlalu, lantas telah mengubah persepsi kita. 2010 – 1990. Dua puluh tahun???? Aduh. Tak kisahlah saya bukan nak cerita sangat pasal perubahan zaman, tapi ada satu cerita, cerita mungkin yang berlaku pada zaman transisi, perubahan nilai dan pandangan terhadap cinta sebelum nikah ini.

Masa itu awal tahun 2000lah. Macam yang saya cakap budak kerani rekrut SPA ini memang suci. Kami semua mengutuk keras perbuatan bercinta dan berdating lama sebelum bernikah. Paling lama bercinta pun setahun, paling banyak dating pun tiga, empat kali aje kut, itu pun sebab nak kumpul duit. Kami lebih rela meminjam koperasi untuk memenuhkan dana duit kenduri, duit hantaran dan belanja hangus dari berlama-lamaan bercinta sementara menunggu tabungan penuh.

Namun, tidaklah saya kata semua kita ini tak tau bercinta langsung. Kalau ada sorang dua yang dah mula berdua-duaan lunch dan breakfast tu, ah that’s it la, tiba-tiba aje kamu anak rasa yang mak kamu berkerja satu ofis dengan kamu. Adalah tukang leternya agar kerja keras, kumpul duit, nikah dari hidup terbabas kekancah maksiat yang lebih dalam. Itu sebab mereka akan cepat-cepat nikah. Tapi masa cerita yang saya nak tulis ini berlaku, adalah pembantu Akauntan yang satu batch dengan saya tu, ni agak nakal, degil, ntah apa-apalah eh pendek kata dia, menurut gosipnya adalah mematahkan hati jejaka-jejaka kat opis, sebelum dia lending dengan mamat technician tu.

Technician swasta itu a big catchlah bagi kera-macam kami. Ketika itu kita baru pindah ke Putra jaya. Layaknya technician-technician itu untuk orang ada diploma, bukan SPM macam kawan saya tu. Jadi saya fikir simpanan deposit pahala kawan saya jadi bertimbun-timbun tinggi dek kerana diumpat keji kerana berpacaran dengan orang yang “lebih sikit”lah dari dia.

Saya ini orang yang dis intergrated dan sentiasa berada dalam dunia sendiri. Saya merasa sangat, ntah tak tau apa rasa eh, honored??? bila one day kawan ini berkongsi rasa hati, remuk redam pada saya. Saya pun tak tau ujung pangkal, tetiba jah dengar kecoh-kecoh ada satu minah yang masih belum ada pacar, dengan bongkak sekali menyelar perbuatan berdating dan bercinta sebelum nikah. Minah itu mengeluarkan kenyataan yang sangat keras “ Saya tidak akan benarkan mana-mana lelaki menyentuh barang satu inci pun tubuh saya sebelum dia melafazkan aku terima nikahnya dan mengoncang tangan wali saya”

Tidak apa yang dapat saya bantu kawan yang menangis ini dek kerana kritik keras ini, melainkan saya mencadangkan beberapa pelan penipuan dan menyeret suami kawan saya yang punya side business computer agar mengeluarkan dokumen palsu kunun-kunun kawan saya ini ada beli computer berharga RM5,000lah gitu. Maksudnya dalam kertas kawan saya beli computer, tapi realitinya, duit itu digunakan untuk membantu buat belanja kawen. Kenapa tak pinjam koperasi? Ntah eh oooh nak pinjam koperasi kena ada penjamin. Self fishnya saya ini tak mau jadi penjaminkan, lebih rela menipu. Dah semua orang buat macam itu, pinjam beli computer, komputernya paling mahalpun RM2,000. Lebih tu buat beli perabut, downpayment keretalah.

Selain itu saya bagi sikit nasihat agar kawan saya bersabar dan berdoa sama tuhan banyak-banyak agar semuanya selamat. Alhamdulillah semua selamat, kisah pun dah lebih 10 tahun, tak akan ada audit yang gatal nak mengorek cerita salah-laku ini. Juga kalau ada perkara boleh dimaaf sebab kawan loan tersebut dah habis bayar, juga ini kes terpencil dan dharurat. Banyak lagi jerung besar berkeliaran yang perlu disemak kaji dan teliti dari menyingkap fail bilis yang dah bertahun berlaku ini.

Pasal minah yang kerek tu, ha ha ha paku dulang paku serpih. Tapi sebab dah malu dan terlepas cakap, terpaksalah menyorok-nyorok bercinta. Tapi Allah tetap nak tunjuk juga. Orang nampak bukan boyfriend dia yang sentuh, pegang dia, tapi dia yang melekap erat peluk pinggang boyfriend dia. Apa tangkap basah? Orang naik motorlah. Boyfriend debab, naik motor kapcai, tak pegang kuat-kuat karang cicir nanti.

Itulah dia PAKU DULANG PAKU SERPIH. Cakap jangan banyak lepas, belum rasa belum tau. Cili kasi taruh lebih sikit, dalam nasi aje tau.

No comments: