Tuesday, October 5, 2010

Hantu Nenek Bongkok

Semalam saya ke Bandar Maharani untuk settlekan apa-apa yang patut tentang pembicaraan semula untuk pembahagian ini rete pusaka Tuk Fakeh, langsung ziarah family sebelah ayah saya. Sebenarnya bukan pusaka Tuk Fakeh, tapi bini dia punya rete. Bini Tuk ni anak orang kaya. Tak cantik, hitam legam, tapi tuk hensem. Katanyalah. Tapi bukan hensem yang jadi ukuran, kerajinan dan kebaikkan Tuk yang jadi, adalah kut mak-mak kepada anak dara cantik yang tak puas hati dengan pasangan tadi, komplen “dahlah tak cantik, pemalaslah pula” Saya rasa memang adat resam dunia, kita suka benar mempertikaikan jodoh pasangan yang kita tengok pada mata kita macam pinang dibelah kapak.

Kita selalu percaya bahawa jodoh yang baik ialah rupa paras mereka macam adik beradik, sama cantik sama sepadan, sama hodoh sama sepadan. Sama muda sama belia, Macam Erra dengan Yusri. I plak kata this is absurdlah, how can you @#$$ your own brother or sister? Yucks!!! Ntah ada orang hanya boleh terangsang dengan incess tak taulah plak ha ha ha…cita rasa kita berbeza.

Ok berbalik pasal peminat Tuk Fakeh yang tak puas hati Tuk yang hensem, rajin lagi baik itu berjodohkan perempuan hodoh bernama Tuk Siti. Benci betullah nenek ini dengan Tuk Siti ni tadi. Bodohnya si krepot bongkok tak sedar diri ni, dia mengutuk-ngutuk Tuk Siti di hadapan cicit Tuk Siti sendiri. Memang saya poker face, saya cakap layaaaannnn, senyum jah dengan cerita si krepot ni, tapi dalam hati, sakit bagai nak gila, Allah saja yang tahu. Ada ka dia kata nenek kita pemalas, nenek kita busuk, nenek kita ada hantu saka, nenek kita tak tau pakai baju, berkemban jah kerjanya, hobi nenek kita memancing dengan berkemban, memanglah kita rasa nak kerat-kerat nenek ni buang kat laut kasi makan sama ikan jaws, tapi orang kata sabar itu separuh dari iman. Lagi pun dia nenek, dia nak bercerita, kurang ajarlah kalau kita pusing bontot tak moh dengar. Jadi saya dengarlah aje.

Memanglah saya sakit hati, dan saya checklah semula, bab malas-malas tu saya tak kisah sangatlah, yang bab ada hantu saka ni memang saya buat cross checkinglah. Memang saya pernah pergi jumpa bomohlah, memang bomoh sendiri kata tak dek, nenek ni plak beriya-iya, suka benar dia bercerita pasal ular hijau melengko atas kepala Tuk Siti. Akhirnya, hari ini orang mula bercakap bapak nenek inilah yang ada hantu sakanya. Tuk Siti dan Tuk Ali (bapak nenek ni tadi) adik bradik. Hantu saka tak turun tak Tuk Siti walau mengikut empunya cerita Tuk Siti busuk dan tak reti pakai baju, hantu tadi turun pada adik Tuk Siti.

Sekarang ni yang klakarnya semua orang kampung sok-sek-sok-sek nenek tadi jadi bongkok tiga sebab memikul hantu saka Tuk Ali….ntah saya pun tak tau betul atau tidak nenek ni bongkok sebab memikul hantu belaan keluarga dia, ops keluarga kami, (Tuk Siti dan Tuk Ali adik bradikkan…) Saya rasa memang tak de hantu pun, atas bongkok nenek ni pun, tapi orang saja suka tambah ajinamoto dalam masakan. Manalah ada hantu nak bertenggek kat nenek ni, nak masuk rumah nenek pun hantu takut, sebab rumah dia nauzubillah bersih. Lantai tu entah berapa kali mop. Mop pula dengan dettol tau!…tak mainlah fabuloso-fabuloso ni, fabuloso ini untuk orang pemalas mop lantai, adaka mop saja tak payah bilas, eish tak sah, kotor, najis nak buat tempat lantai sembahyang. Lepas mop dengan Dettol, bilas dengan air campur air panas, kasi 2x bunuh itu kuman-kuman. Bersih macam itu, bukan kuman aje mati, hantu pun mati melecr kena air panas. Nenek ni pun tak lekang baca Quran. Memang rumah dia tak de hantu, tapi ntahlah orang kampung dah habis modal nak cerita hantu, jadi ceritalah hantu nenek bongkok. Cerita hantu ular dah habis, keluar pula cerita hantu nenek bongkok, wow vast lagi vogue lagi ha ha ha ha…

Orang kampung taklah macam penulis fiction yang suka tulis cerita hantu, mereka bercakap tentu ada benda yang mereka nampak. Menurut ceritanyalah, mereka dah banyak kali terserempak dengan ular besar di tanah kebun nenek bongkok. Itu pasal mereka bercerita. Pasal saka-saka ini memang menjadi topic yang seronok kita ceritakan, itulah kita ni asal kita dulu, bukan Islam, orang pagan, nak buat macam mana. Ko cakaplah syrik ka, hapa ka, tapi kisah-kisah mitos dan ajaib ini ko tak kan dapat buang dan padam dari ingatan orang-orang sini, macamlah orang Amerika dan orang Britain yang dah maju dan kaya raya yang masih tak dapat buang cerita-cerita tahyul toyol, ahli sihir, dan 1001 macam cerita folklore mereka.

Jadi mulut tu jaga-jaga sikit, kalu tak kene cili, tak bertumbuk, tarik rambut karang…tak tahulah kan. Orang kata kita tok sah ngata orang ada ilmu hitam, ada hantu sakalah …pendek cerita lagi tok sah mengumpat orang sudah. Titik. Rentikan perbuatan mengumpat dan bergosip. Kalu dalam diri tu dah memang tabiat suka mengumpat dan menyocok tu, pi amik jarum, cucuk manik, jahit sulam lagi ada faedahnya.

No comments: