Tuesday, October 26, 2010

Doa dan Ekspektasi

Baca-baca internet semalam dan awal pagi ini, terkejut beruk gak bila baca kunun PM kita nak meningkatkan hasil pendapatan Negara melalui industry pelancongan dengan jalan membina lebih banyak pusat hiburan malam. Sekali fikir eh biar betul PM ni. 2 kali fikir, oh mungkin Malaysia kini buat fitnah kut. Takkanlah PM nak buat macam itu pulak, 3 kali fikir, ah padanlah muka korang tuhhh. Eih suka, suka kalau lebih banyak tempat maksiat akan dibina. He he he macam cerita merapu yang saya bikin dalam facebook dulu-dulu tuh he he he….

Cerita tu saya tulis masa saya tengah bengang gila dengan ustaz-ustaz kat opis tu…jangan buat, jangan kasi orang bengang, sebab bila bengang dia tak tau apa yang dia doa-doa dalam hati. Saya pun tidak bermaksud untuk berdoakan yang sedemikian buruk punya, tapi orang kata bila kita diupsetkan oleh seseorang, kita tend to doakan benda yang buruk kepada orang yang bikin kita upset. Itu dululah, 2, 3 tahun yang lepas. Hari ini saya sedaya upaya mengajar diri untuk tidak berdoa yang buruk-buruk. Sebab sejujurnya kita tak mau benda buruk berlakupun, lebih-lebih lagi pada zaman yang sangat mencabar dan sukar ini.

Ok let me tell you apakah benda yang boleh bikin seseorang itu sangat bengang? Orang akan jadi bengang-sebangang-bengangnya kalu ko bilang, ko ejek dia orang jahat, orang tak guna, orang tak bermaruah, orang tak layak, walau memang ko fikir memang perangai dia memang jahat pun. Memang ko fikir dia ini patut mampus aje, patut berambus, buat semak mata ko pandang ajelahlan. Ok let say ko memang tak suka, tak berkenan akan staff itu, ko ramai-ramai memang fikir dia tak patut ada dalam organisasi, so the best thing is to let her or him go. Don’t keep them and tried change them. They won’t change because they are fully aware that ada tempat yang menerima sedaanya, perangai dia yang korang nak ajar-ajar dan tukar-tukar itu.

Lagi pun mereka dah tengok banyak contoh orang yang gian nak menukar-nukar perangai orang itu pun perasan aje baik, kalu diberikan ujian yang selayaknya, belum tentu baik pun. Silap hari bulan lebih teruk lagi agaknya pun ada. Saya berdoa agar orang yang perasan bagus ini Allah letakkan dalam satu situasi yang mencabar sikit. Jadi saya fikir benda yang ditulis dalam Malaysiakini itu kita anggap saja satu perkara yang mencabar. PM sebenarnya mencabar kita. Are you ustaz/ustazah enuf? Lets put the super model, yang mengancam lagi pandai menggoda on this ustaz-ustaz’s lap and see whats going to happened he he he…aha, before we put the girls on their laps, bagi mereka “puasa” dulu 2, 3 bulan ka?

Itu hanya imaginasi saya aje…I wish to see this kinda of thing to happened, dulu, like I said, 2, 3 tahun dulu. Hari ini benda sudah lama berlaku kita pun sudah indak marah-marah lagi, kita juga sudah indak kisah ko nak kata apa pun, ko nak buat apa pun sikit pun kita sudah indak ambil atau simpan dalam hati lagi. Kita sebenarnya indak mau udah tua-tua macam ini kengkawan kita diberikan ujian yang sangat berat pun. Tapi orang kata terlajak perahu boleh undur, terlajak doa….korang doa ajelah reramai sama ada PM kita jadi waras kembali, atau PM alternatif boleh kalahkan PM yang ada kini, dalam pertarungan mereka pada masa akan datang.

Doa gak PM alternative itu nanti ada magika untuk betulkan keadaan. Jangan jadi macam menteri besar Slangor yang bila orang komplen, jawabnya “ini masalah warisan.” Bengang dan kecewa jugalahkan…sebab orang tukar kerajaan sebab orang nak benda masalah settle. Bila bukan saja tak bule settle, bahkan tambah teruk, lagi mestilah kita kecewa. Jadi for those yang dah kompen nak tukar tu, dengan harapan plan nak menambah hibur-hiburan malam, nak menambah bangunan tinggi 100 tingkat terbatal, idealistiklah sikit, sebab kita dah ada contoh Slangor. Bukannya apa, kita tak moh korang dikecewakan oleh ekspektasi korang sendiri.

No comments: