Tuesday, September 28, 2010

Tanda kecil Kiamat

Hujung hari minggu yang lepas saya dah niat mau beli ayam di Maiden sebab nak gulaikan soto segera yang saya beli di Kedai Mesra Petronas Bemban. Tapi ntah macam mana tah leka dok dengar DJ Track FM berceloteh, saya terlepas simpang nak masuk Maiden.

Alamak!!!! tak dapatlah makan soto, eh tak pe, kedai runcit kat rumah pun ada jual ayam, tapi kedai runcit taklah semurah Maiden dan rakan2nya, lagi pun saya sebenarnya bukan nak beli ayam sangat pu tapi lebih nak window2 shopping dapat juga releasekan demam stress final exam nih. Eh tak pe terlepas Maiden, depan sikit lagi ada TESCO ya…

Wah macam gitulah perjalan saya tiap-tiap hari, kalau ikut MITC, terlepas Maiden ada Tesco, kalu ikut Sungai Putat pula terlepas Family Store depan lagi depan ada Bintang, ada Cowboy, lepas tu jumpa Tesco juga. Pendek kata, kalu terlepas satu, tak usah nak reverse-reverselah, jalan terus, ada lain lagi pasar raya.

Saya teringat artikel Majalah Al-Islam yang baru saya baca. Pasal kiamat. Salah satu dari tanda kecil kiamat ialah jarak antara pasar dengan satu pasar yang sangat dekat. Dari Maiden ke Tesco, tak sampai 20 minit pun, bergantung pada kemahiran anda memandulah. Average rate saya ialah 60km/jam, kalu tidak tergesa-gesa kejar kuliah pukul 8am, tapi keluar rumah pukul 7.30am.

Memang tanda kiamat kecil sudah banyak, tapi bagai mana respond kita terhadap tanda-tanda ini, itu yang lebih penting. Ada diantara kita berusaha memulihara dunia agar proses ini dapat diperlahankan, ada pula yang menyeru agar kita semua solat malam banyak2 minta tuhan lambatkan kiamat, macam-macamlahkan. Ada pula yang join Al Qaedah nak pergi bunuh Yahudi. Tapi satu Yahudi tak mati, yang mati ialah orang awam, wanita dan kanak-kanak (mengambil konteks kita di Nusantara inilah. Mana ada Yahudi kat sini, bukan) Kita tak bolehlah nak kata mana satu yang terbetul dan terbaik pada pandangan Allah. Nabi pun tak ada cakap apa-apa. Ada nabi sebut Al Qedah, Osama bin Laden, Hitler?

Anologinya kita sendiri, kita akan tua, bila dah tua akan mati. Bagaimana kita mengisi hari-hari tua kita adalah pilihan kita. Ada orang yang mengisikannya dengan bersunyi-sunyian di tempat ibadat, ada orang pula yang memilih untuk dibius dan dipadam garis2 tanda mati itu di bawah pancaran leser atau bilah pisau tajam sang pakar bedah kosmetik.

Pendek kata, mati tetap sampai. Tak payahlah nak minta segera apa yang memang dah pasti, dan kita juga tak payahlah nak minta lambat, atau nak minta tak mati-mati terus, atau hidup dalam penipuan yang kita masih muda lagi, dunia ini tak ada penghujung, tiada penamat. Pesan Saidina Abu Bakar ialah beribadatlah kamu seolah kamu mati esok, berkerjalah kamu seolah kamu hidup 1,000 tahun lagi.

Buat macam biasa aje. kalau kita memang orang biasa. Tapi kalu kita orang luar biasa, (luar biasa maksud, nama Islam tapi tak macam Islam) berbaliklah semula, berperangailah semula macam orang biasa-biasa, ikut contoh nabi dan sahabat-sahabat. Kalau yang masih belajar tu, pergilah belajar betul-betul, kalau yang dah berkerja tu kerja elok-elok. Kalau memang yang dah berperang tu, perang baik-baik. Yang tengah belajar dok berenti blajar nak berperang tu apa ke halnya? Yang, kerja kerani, yang gemuk gedempol nak lari pun tak larat nak pergi join bala tentera Osama Bin Laden itu suicaidal namanya.

No comments: