Saturday, September 4, 2010

Hindula tu.....



Kawan Facebook yang terwat ah ter”tawan”??? terpaut dengan Hikayat cerita cinta tiga segi antara Rama&Sita dan Rahvana gila bayang, siok sendiri dok curi bini orang, mempersoalkan tentang aprisiasi seni masyarakat kita yang rendah, sebab masa dia tengok cerita tu tak ramai orang kita yang tengok sama, cuma ramai pelancong saja. Saya tidak setuju jika dia cakap macam itu. Ada sebabnya kenapa kita menjauhi Rama & Sita.

Kawan orang Borneo sana, mungkin dia tidak tahu kami di Semenanjung ini mengalami satu penyakit fobia. Fobiakan agama orang lain. Takkanlah kawan tak tau Cerita Rama&Sita bersumberkan dari Kitab Mahabatra yang kita kat sini kata Kitab tersebut samalah macam kitab Bible. Mungkin jika anda di Sabah atau Sarawak sana, tak ada sapa yang akan kisah kalau anda leka, ralit menyelak helai demi helai Bible. Kawan mungkin tak pernah tahu apa hukumannya di sini, kalau orang Islam baca bible. Inikan pula membaca Mahabatra. “Usih, dah buang tebiat apa? Kok iye frust menonggeng pun, takkan sampai nekad nak jadi sami kelinglah pulak ko?”…he he he.

Dulu-dulu saya pernah juga berangan nak hasilkan buku kanak-kanak cerita Malim Deman, Malim Dewa. Part yang makan-makan tulah, part kenduri kawen. Mak kata kerak nasi jah membusut sebanyak 7 busut jantan. Tu baru kerak nasi. Mak dan nenek cerita macam-macam barang yang semuanya berjumlah 7, 7, 7….tapi part yang kerak nasi 7 busut jantan itu sajalah yang saya ingat sampai hari ini. Saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang Obsesskan Nasi, padi dan beras.

Apabila saya besar sikit, bila sudah pandai membaca , kisah-kisah dongeng rakyat sudah tidak ada dalam kepala lagi. Saya mula mengenal Sir Isac Newton, Alexander Graham Bell, dan ramai lagilah. Tapi tak boleh lawan The Osmond, The Jackson 5, Queenary M, The Cepanters. Lagi pun cikgu sekolah agama kata kita sudah Islam dan harap lupakan saja cerita lama tok nenek kita zaman Raja-raja Hindu dulu. Islam lagi ada banyak cerita magis. Ada Umar Al Khatab, ada Abu Bakar, ada Ali, ada Othman dan sudah tentulah ada Nabi junjungan Besar kita Muhammad S.A.W.

Ntahlah heh, ntahlah bukan saya tak suka hero Islam, ntahlah saya ni dah gila kut….banyak tengok cerita Hindustanlah tu. Lebih-lebih lagi bila saya dengar kunun khabar angin kata Hollywood nak bikin Rama-Sita, Ramanya itu actor Keanu Reeves, eish lagilah tiap-tiap malam saya asyik dok angaukan Rama saja. Rama, Rama, Ram. Tak delah Acah aje tu, mana ada Rama?

Saya rasa, mungkin saya rindukan nenek saya, jadi bila rindu saya mulalah teringatkan yang indak-indak, Raja bersionglah, puteri bongsu, pi mandi baju kena curilah ntah apa-apatah cerita rakyat yang ada orang bijak pandai agama kata cerita tak bagus yang boleh mencemarkan akidah kita. Kitakan dah Islam, kenapa masih ingat-ingat lagi cerita-cerita lama?

Saya memang tak boleh suka cerita tanah Arab sana melebihi cerita tanah saya sendiri tapi saya risau sebab ada ustaz kata kita mesti cinta Nabi lebih dari yang lain, termasuklah cinta Tanah Nabi, cinta cerita Nabi cerita Sahabat Nabi, cinta makanan Nabi semua-semua Nabi kalau nak masuk syurga. Betul kalau kita cinta Nabi, kita dah tak buleh cinta yang lain dari Nabi, waima Nasi kita, lauk kita, cerita dongeng kita?

No comments: