Monday, August 23, 2010

Perang2 ala Kapitalis

Kenapa obes? Atau lebih tepat lagi, kenapa saya obes? Untuk tidak membikin saya rasa demotivated dikala sibuk berperang nak final exam dan sedang berada hampir dengan garisan penamat nak menghantar assignment, saya katalah saya obes sebab saya ini semulajadinya berada dalam kumpulan endormoph yang kadar metaboliknya rendah he he he. Keturunan? Eh tidak, ibu saya sangat selim pinggang macam kerengga ha ha ha.

Mungkinlah tu sebab belah ayah saya memang ada yang gemuk. Tapi apa pun keturunan dan bentuk badan kita, yang sebenarnya kita boleh tak obes jika kita pandai mengatur corak pemakanan dan cara hidup kita. Seperti saya, yang endomorph ini pekerjaan yang sangat ideal untuk saya ialah suri tani kepada peladang miskin yang tak mampu nak upah pekerja tambahan,tak mampu gak nak upah apa-apa mesin bajak, trektor ka, jadi semua back to the good old dayslah pakai cangkul, parang, sabit dan tulang 4 kerat. Hmm kalau saya dapat suami yang macam itu pasti saya nak kata slim macam ibu saya tidak mungkin, tapi orang kata tu tidaklah segemuk sekarang. Mana nak slim, macam mana? Lagi penat dia kerja, lagi dia berselera makan-makan.

Pengetahuan itu pun satu. Kalau kita biasa dengan pyramid makanan yang selalu terpampang kat kelinik-kelinik kerjaan mesti kita kata, oh maka nasi banyak tak pe sebab pyramid tu tunjuk macam itu. Tapi dari pembacaan saya dalam internet, lain pula ceritanya. Makan protienlah pula. Ada diet yang tengah ngetop yang orang panggil, eh bukan, bukan Atkin diet, tapi Dunkan Diet, langsung ada hari-hari tertentu tu makan protein aje….hah, dah jadi macam rimau dengan beruang kutublah pula makan daging, makan ikan jah. Memang kita akan kata biar benar diet ni. Tapi yang saya yakin, dan yang ramai kawan-kawan gemuk saya yang dah jadi kurus dan cantik, mengaku memang mereka sekat diri dari makan terlalu banyak kabohidrat, ada tu yang makan nasi seminggu sekali, yang langsung tak makan nasi pun ada. Ala orang banyak duit, tak makan nasi tapi makan steak, makan salmon, ntah makan, macam yang ibu saya kata…macam kucing meratah lauk gitu.

Dalam internet ada penerangan panjang lebar, bagai mana protein yang duduk tempat nombor 3 tinggi, itu sebenarnya memberikan timbunan lemak dibadan yang kurang jika berbanding dengan kita memakan kabohidrat. Tak kisahlah apa pun point perdebatannya, tapi yang utama, mana-mana pakar pemakanan pun akan bersetuju bahawa processed food macam daging burger, nugget, makanan segera yang enek-enek itu tidak baik untuk kesihatan. Ntah mereka kata makanan macam itu banyak kandungan apa tah. Tak kuasa nak ingat, sebab makanan macam itu sedap, jadi sedihlah kalau nak ingat elemen-elemen negetif yang terkandung di dalamnya. Sedihnya, waima macam mengingatkan element-element negetif dalam dendang-dendangan lagu frinjan merapu ntah apa-apa tah yang dikarang oleh boyfriend/girlfriends kita tu. Biasalah nafsu ni dia memang gitu, sangat sukakan benda sedap, enak tapi memudharatkan.

Ok berbalik pasal makanan dan obesity, kita akan nampak sebelah pihak keluarkan makanan-makanan yang “beracun”, (pro-nafsu) dan mereka jadi kaya raya sebab seperti yang kita sudah sedia maklum masyarakat yang terlarut dalam hedonism memang pro nafsu.. Menyedari hakikat bahawa business makan-makan ini sudah mengeluarkan sesuatu yang tak baik untuk kesihatan yang kemudiannya meningkatkan pula kos perawatan, merawat apa-apa penyakit hasil dari natijah makan, makanan tersebut secara tak terkawal, ada setengah puak pula mempromosikan makanan sihat, cara memasak yang baik, cara bersenam dan gaya hidup sihat dan sebagainya.

Ada atau tidak kita tengok dua-dua pihak ini saling bertelagah dan berperang sesama mereka? Atau ada kah tidak kita dengar puak-puak advocater makan makanan baik meminta berkuasa mengeluarkan bill ka hapa-hapa rule back by apa-apa sanction ka untuk haramkan pengeluaran makanan tak baik? Being a business minded people, they don’t dia orang lagilah suka ko makan, ko makan sampe ko gemuk, pastu ko maghe le kat haku, aku bagi ko list diet, list senaman. List ntah apa-apa list lagi, pastu aku charge ko dengan apa-apa charge yang patutle. kalu ko semua kurus-kurus, aku nak bisness hape yek…

Macam itulah cerita pasal obesity ini. Tak ada orang-orang endomorph yang sentiasa jah berselera nak makan itu dan ini macam saya ini, tak delah pula business. Kalau kita fikir-fikir balik, setiap kejadian Allah itu walau macam mana jelik dan hodoh pun pada pandangan mata, manusia biasa, ada hikmahnya. Obesity give some people, like Dr Rozmey for an example, purpose in life. Some of them jadi terkenal dan kaya raya pun hasil dari jihad memerangi obesity ini. Macam Dr Rozmey tulah. Kalau tak de orang gemuk kita pun tak kenal sapa dia, apa dia Jusmate 5 tu kan.

So in the end segalanya diselesaikan dengan business…No bills, no regulation saying no to so and so’s business. No fear juga if I’m running out of business if all nak jadi kurus, sebab ada manusia yang stay kurus waima makan apa pun. Only endomorph, have to carefully watched wat when into their mouth.

No comments: